2.10.10

Penawar Hati~


Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar
mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.
Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca
sifatnya mudah pecah dan terluka.
Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk
diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak
pernah kenal putus asa.
Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta
ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar
kesenangan.  Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.
Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya.  Kerana teman saling
mencontohi.
Jika kamu berada dirumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada di tengah orang
ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu.


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D