4.10.10

resepi AyAm pUteRi sAji

Salam.. seperti yang dijanjikan semalam..hari ni baru dapat tunaikan, maklum la agak busy (* u *)
Ok la, apa yang tersedia kat bawah ni nanti wlpun tak banyak..sikit pun mungkin dapat membantu hangpa cuba masakan ni kan.


Bahan A
  • Ayam, potong ikut suka ya
  • garam, pun ikut suka
  • gula, ikut suka jgk
  • minyak masak, agak2 la
  • tomato, ikut suka laaa..
  • serbuk roti, yg ni klu suka boh, klu xsuka x boh pun xapa...rasa tetap sodap
  • limau nipis, klu ikut aku xboh pun sbb tomato tu dh cukup
  • Santan, 1 cawan pekat/1 cawan cair
  • cuka, 3 sudu cukup kot
  • daun limau purut, ,4 lai dah la
  • cili hijau, potong panjang
  • cili kering yang di blend, 2 sudu @ lebih klu suka pedas
  • serbuk lada hitam, 1 sudu teh

Bahan B (kisar)
  • jintan manis, 1 sudu teh
  • jintan putih, 1 sudu teh
  • biji ketumbar, 1 sudu teh jgk
  • bawang kecil 10 biji
  • bawang putih 8 ulas
  • halia 3 inci
  • lengkuas 2 inci
  • buah keras 4,5 biji
  • kunyit hidup 1 inci
  • serai 1 batang
  • biji lada sulah 1 sudu teh

Ok..cara nak masak plak.
1.  Perap ayam dengan gula,garam dan cuka dlm 2jam..klu nak cepat masak 1jam cukup kot.

2.  Panaskan minyak dan goreng bahan B hingga naik bau sedap tu. Masukkan ayam dan gaul sebati. Pastu masukkan santan cair dulu, daun limau purut, cili kering yang dah blend dan biar ia mendidih.
3.  Bila ayam tu dah masak dan kuah pun dah nmpk pekat, masukkan tomato, cili hijau, serbuk lada hitam, jus limau nipis (klu x suka x yah boh)) dan santan pekat. Kacau sampai sebati..biar ja mendidih beberapa minit.
4.  Masukkan serbuk roti (klu x suka x boh pun x pa)untuk pekatkan kuah.
haa..taaraaaaaaaaaaaaaa...siap untuk dimakan. sElamAt mEncUba..




No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D