16.11.10

Serangan 'ala mafia' anggota tentera!!!

KUANTAN: Suspek lelaki berusia 30 tahun yang kini menjadi buruan polis dalam kejadian serangan ‘ala mafia’ menggunakan pedang samurai menyebabkan tiga cedera di Flet Alor Akar di sini, Jumaat lalu, seorang bekas tentera di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Suspek dikenali Azli Che Mat, nombor kad pengenalan 801017-11-5163 manakala nombor tentera T 1128793, beralamat 143-B Belukar Sukai, Kuala Terengganu didapati melarikan diri dari pasukan keselamatan berkenaan pada 14 Januari 2003.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, turut diburu seorang wanita berusia 17 tahun dipercayai isteri suspek.

“Wanita yang dikatakan isteri suspek itu dikenali sebagai Nurul Hanees Syazwani Mohamad beralamat di Johor Baharu, Johor.

“Dia amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, polis berusaha keras mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua mereka tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09 5132222 atau balai polis berhampiran.

Dalam kejadian bermotifkan cemburu kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki berkenaan bertindak seperti dirasuk syaitan melibas pedang samurai, mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Anas Safian Efa Rizal yang dijaga pengasuhnya, Suziana Hopiah, 24.

Turut cedera parah dalam kejadian itu, suami Suziana, Mohd Taufik Abdul Razak, 36.

Suspek melakukan serangan itu selepas percaya isterinya dilarikan dan disembunyikan adik Suziana di rumah mereka.

1 comment:

  1. Apa la nk jadi dgn zaman skrg ni??? tiap2 hari ade je...berita2 yg menggerunkan kt m'sia ni..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D