31.12.10

♥ Bla..bla..bla 2010? Bla..bla..bla baby? ♥

Sepanjang 2010 banyak hal yang telah aku, kau atau kita dah lalui.
Suka duka, Silih berganti. Kejap suka, kemudia duka.
Lepas tu datang lagi suka. Ingat berpanjangan.
Rupanya duka datang lagi.

Suka. Buat hati berbunga2. Suka. Buat hidup sentiasa ceria.
Penat. Sebab selalu bertukar perasaan.Berperang dengan suasana.
Kecewa. Bila yang di harapkan tak menjadi. Tak membuahkan hasil.

Kehidupan seorang manusia ibarat dunia yang berputar.
Ada ketika kita di bawah, di tepi, di tengah dan di atas.
Ada masa perasaan kita terang, cerah, gelap, mendung, hujan
dan..taktau nak cakap.

Itu la..tak tau nak gambarkan dengan jelas melalui kata2 yang merapu ni.
Apa yang confirm nya.
Hati aku 0.
Aku sunyi.
Aku Boring.
Aku Tension.
Aku.....nak BABY!!!

Korang ada cara tak atau tahu kaedah2 nak dapatkan zuriat? Help! Help ME!
Tak kisah cara macam mana pun yang korang tahu. Bagitahu je. Tak pe.
Aku nak cuba je. Mana tahu kan, kalau berhasil!
Samada melalui:
  • Pemakanan ke...makan jenis tak pantang ni.
  • Pantang larang yang patut di pantang ke...tak tahu sangat bab pantang.
  • Mengurut ke..tapi ada penyakit GELI.
  • Cara Moden ke..
  • Jumpa doc ke.
  • Jumpa bomoh ke..Aik, JANGAN!
Atau apa2 cara pun yang korang tahu la..Please.
Aku sangat memerlukan khidmat nasihat pakar, separa pakar dan tak pakar
pun tak pa. Jangan ajaran sesat dah ye.

3 comments:

  1. semoga tahun 2011 Allah memberi rezeki yang melimpah-limpah..anak memang penyeri hidup..tapi mohonlah padaNYA kerana Dialah yang MAHA PEMBERI..jangan putus asa dan jangan putus harapan kepada NYA...

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

    ReplyDelete
  2. @Faiz
    InsyaALLAH, doa tu dah semestinya. Tp kita kena berusaha jgk kan. Apapun, terima kasih ats nasihat yg ikhlas. ;)

    ReplyDelete
  3. Pernah Dengar Serbuk Kurma Dari Mekah.. Mak Saya Baru Balik dari Umrah.. jadi Saya Kirim Serbuk Kurma tersebut.. Saya Dpt Tau Hal Ni dari Mak Kakak Ipar Saya.. Depa Pi Tunaikan Haji Tahun Lepas.. Katanya.. Nisbah 10 Yang Makan.. 9 Orang Yg Berjaya...Insyallah.. Mak Saya Belikan Tuk Saya.. Cara Makan Hanya Campur Sesudu Sebuk Kurma Dgn Susu / Madu.. & Air Suam.. Minum Ketika Waktu Subur & Minum Bersama2.. seeloknya selawat... & Jgn Lupa Kiriman Doa Pada Sape2 Yg Pergi Menunaikan Umrah/Haji.. Insyallah... KIta Hanya Mampu Mencuba..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D