5.12.10

Serum atasi masalah rambut gugur dicipta

SERDANG - Setiap wanita biasanya mahu rambut yang cantik dan sihat kerana ia dianggap mahkota mereka. Kepada lelaki, ia juga membantu penampilan diri. Namun, apabila usia semakin meningkat, penghasilan folikel rambut semakin menurun dan mengakibatkan rambut mula menjadi putih dan gugur. Bagaimanapun, Tropica Bioherb Industries (Tropica) yang beroperasi di Butterworth sejak setahun lalu telah memperkenalkan krim rawatan rambut sebagai alternatif dalam mengembalikan kesihatan rambut bermasalah. Pengurus Pemasaran Tropica, Abdul Samad Omar berkata, kesemua bahan yang digunakan terdiri daripada serum yang dihasilkan daripada tujuh herba dan tumbuhan semula jadi serta tidak melibatkan sebarang bahan kimia.

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D