5.12.10

Tip Putuskan Hubungan Dengan Wanita Psiko

Tidak dinafikan, waktu bercinta memang mengasikan, hati rasa sangat bahagia disamping insan tersayang. Segala-galanya tampak indah dan anda berharap dapat bersama hinggalah ke jenjang pelamin.
Namun tak semua impian itu jadi kenyataan. Ramai juga yang terpaksa putus cinta kerana masalah tertentu. Tapi menjadi satu mimpi ngeri buat lelaki bila bekas kekasih hati tidak dapat menerima kenyataan ini lalu bertindak agresif. Justeru apa yang perlu dilakukan bila berhadapan dengan wanita psiko seperti ini? Tip berikut mungkin boleh membantu:

1. Ambil Barang sebelum putus
Ia bukan menunjukkan anda seorang lelaki yang kedekut tetapi anda tidak mahu perkara lain berlaku ke atas dirinya. Sebagai contoh, perasaan geram, tidak berpuas hati, dendam dan sebagainya akan sentiasa melingkari hatinya setiap kali dia memandang barangan kepunyaan anda.
Jadi anda harus mengambil barang sebelum hubungan ini putus. Begitu juga sewaktu membungkus barangan ini, nyatakan secara baik bahawa hubungan anda setakat ini sahaja, tiada jodoh antara anda berdua. Bercakaplah dengan suasana yang sangat tenang dan yakinkan dirinya bahawa dia wanita yang pernah singgah di hati anda namun tiada jodoh anda dengannya.

2. Ubah kata laluan komputer
Apabila bercinta ramai yang akan berkongsi segala-galanya dengan kekasih termasuklah hal-hal bersifat peribadi seperti kata laluan di komputer. Bagi anda, tiada sebarang rahsia yang perlu anda sembunyikan.
Namun apabila hubungan mula berantakan, sesuatu yang patut anda lakukan ialah mengubah kata laluan komputer anda dengan segera. Ini bagi mengelakkan dia terus menggodam dan mengetahui segala rahsia peribadi anda sedangkan anda sudah tiada sebarang hubungan lagi dengannya.
Menukar kata laluan adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan soal peribadi anda. Wanita psiko sanggup berbuat apa saja termasuk memalukan anda di alam siber.

3. Putus di tempat terbuka
Dalam menghadapi wanita psiko, anda harus memikirkan kesan dan akibat dengan lebih mendalam dan bukannya bersikap tunggu dan lihat. Jika anda berasakan sudah tidak lagi serasi hidup dengannya dan mahukan perhubungan putus, anda harus memilih tempat terbuka untuk bercakap perkara ini.
Ini kerana sekurang-kurangnya, dia akan berasa malu untuk menjerit dan menangis di khalayak ramai berbanding anda berdua saja dengannya. Jika di dalam rumah, dia mungkin mengambil tindakan nekad terjun dari tingkap atau mencederakan dirinya sendiri. Sekali pun psiko tetapi rasa malu tetap ada pada diri seorang wanita. Mereka tidak mungkin akan terjerit terlolong di depan orang ramai.

4. Berbincang secara baik
Satu lagi cara ialah dengan berbincang dengan baik apabila anda ingin hubungan diputuskan. Apabila anda menyatakannya dengan baik dan berkesan, ia mampu menusuk terus ke dalam kalbu dan ia akan difahami dengan hati terbuka.
Memutus hubungan begitu sahaja akan membuatkan sesiapa sahaja berasa sangat marah dan terasa terhina dan dipermainkan. Bayangkan diri anda yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang kata-kata. Bukan saja wanita psiko akan berada marah, lelaki yang normal pun begitu juga.

5. Beritahu kepada rakan terdekat
Dalam menghadapi wanita psiko, satu cara anda memberitahu hubungan itu sudah terputus ialah dengan mengumumkannya kepada rakan-rakan terdekat yang mengetahui hubungan anda. Ini sebagai penanda aras bahawa hubungan anda sudah putus dan anda mengharapkan tidak dipersalahkan jika terjadi sesuatu kepadanya selepas hubungan itu terputus. Seperti anda sedia maklum, wanita psiko sanggup melakukan apa saja demi menjayakan niatnya.

6. Ubah gaya hidup
Dalam menghadapi tekanan kelak, anda harus mengubah pola kehidupan anda sendiri. Ini termasuklah anda perlu mengubah rutin kehidupan dan jadual waktu anda sendiri. Wanita psiko biasanya akan mengintip semua pergerakan anda dan merancang melakukan sesuatu yang tidak baik. Justeru mengubah gaya hidup adalah langkah keselamatan untuk bertindak jika berhadapan situasi berbahaya.

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D