4.10.10

resepi AyAm pUteRi sAji

Salam.. seperti yang dijanjikan semalam..hari ni baru dapat tunaikan, maklum la agak busy (* u *)
Ok la, apa yang tersedia kat bawah ni nanti wlpun tak banyak..sikit pun mungkin dapat membantu hangpa cuba masakan ni kan.


Bahan A
  • Ayam, potong ikut suka ya
  • garam, pun ikut suka
  • gula, ikut suka jgk
  • minyak masak, agak2 la
  • tomato, ikut suka laaa..
  • serbuk roti, yg ni klu suka boh, klu xsuka x boh pun xapa...rasa tetap sodap
  • limau nipis, klu ikut aku xboh pun sbb tomato tu dh cukup
  • Santan, 1 cawan pekat/1 cawan cair
  • cuka, 3 sudu cukup kot
  • daun limau purut, ,4 lai dah la
  • cili hijau, potong panjang
  • cili kering yang di blend, 2 sudu @ lebih klu suka pedas
  • serbuk lada hitam, 1 sudu teh

Bahan B (kisar)
  • jintan manis, 1 sudu teh
  • jintan putih, 1 sudu teh
  • biji ketumbar, 1 sudu teh jgk
  • bawang kecil 10 biji
  • bawang putih 8 ulas
  • halia 3 inci
  • lengkuas 2 inci
  • buah keras 4,5 biji
  • kunyit hidup 1 inci
  • serai 1 batang
  • biji lada sulah 1 sudu teh

Ok..cara nak masak plak.
1.  Perap ayam dengan gula,garam dan cuka dlm 2jam..klu nak cepat masak 1jam cukup kot.

2.  Panaskan minyak dan goreng bahan B hingga naik bau sedap tu. Masukkan ayam dan gaul sebati. Pastu masukkan santan cair dulu, daun limau purut, cili kering yang dah blend dan biar ia mendidih.
3.  Bila ayam tu dah masak dan kuah pun dah nmpk pekat, masukkan tomato, cili hijau, serbuk lada hitam, jus limau nipis (klu x suka x yah boh)) dan santan pekat. Kacau sampai sebati..biar ja mendidih beberapa minit.
4.  Masukkan serbuk roti (klu x suka x boh pun x pa)untuk pekatkan kuah.
haa..taaraaaaaaaaaaaaaa...siap untuk dimakan. sElamAt mEncUba..




3.10.10

KecUr LiUr aKu nEng0k

  
Ayam Puteri Saji
  Ngeh3...haha..ni dia yang buat aku kecur liur nengoknyee..Ayam Puteri Saji namanya...bunyi namanya pun dah sodap apalagi kalau dah makan kn? Iyo lah tu..belum rasa lagi dh kata sodap..klu chef yang masak kompom dah sodap..tapi yang ini aku yang masak!! !st time cuba lak tu...maklum la jarang2 jengah ke dapur...hehe...sejak dapat title isteri je baru rajin2 ke dapo...tu pun sbb En badin yang suruh!!!


Rempah ratus..siap label kt penutup tu...hehe.. tak berapa nk cam klu tak labelkan..hahaha..
Mula2 nak masak tadi tak da terpikir langsung nk interpreemkan Ayam Puteri Salju ni...Eh! silap..Saji daa... dah siap masak dah padamkan api..tetiba je..alamak!! baru teringat camera..lupa nak ambik gambo dari mula2 sediakan bahan & cara2 nak memasaknya...tapi tak apa la...yang ada ciput2 ni pun bleh kongsi jgk kn....


Ni saja je..nak jugak interpreemm tuuu...
Haa!..kat bawah sinun nanti aku akan listkan bahan2 & cara nk masak k...senanglah sangat!

Ha! ni dia yang kata dh siap masak baru teringat camera tu...dok dlm belanga lagi tu..klu tau nk interpreem, sanggup aku kuarkan belanga itali yang mahai tu....hik3...konon nk nmpk tantek gituuu kannn...urm, belanga itali la sgt..mana la nk cekau tu? tipu je xda pun (^;^)


Hahahaahaha...jangan marah arrr....bahan 1st sekali ialah..bahan rujukan!!!

ha tu! nampak kan...copy sendiri la..jari jemari ku dh lenguh2 weh..hehe
Kihkihkih...opss..jangan marah aku..kan awai2 tadi aku dah habaq kat angpa....aku ni kan 1st time masak Ayam Puteri Saji ni & j a r a n g-j a r a n g masuk dapo kn masa anak dara dulu. Ha dah! ini je la cara nak pandai masak pun...kan? haaa..betoi la tu..Banyak koleksi resepi aku..yang dapat dari kwn2 opis pun banyak...nak tengok dak? klu nak tgk aku nk interprem ni..tggu sat nah!

Nampak? kerabu kaki ayam tu...big likeeeee kaki ayam!! nyam2

See! Kari kepala ikan...tulih atas kertas ja koyak plak buku sekolah anak...member aku punya keja..

Kerang masala pon ada..see! sempoi punya kawan koyak buku matematik anak dia..huhu

Yang ni macam2 ada...spagetti yang senang la sangat nk buat tu pun aku mintak kt kwn2 woooo...

Apamacam? Hebat kan aku? tiap kali nak masak buka resepi...tapi tak apa sekurang-kurangnya aku dapat belajar memasak jugak kn? Angpa macamna plak? Moh le kita kongsi2 cerita yok...(^;^)

VeRy WoNderFul...."INSYAALLAH"

Very wonderful & amazing song! I cried while listening to this :')
such a wonderful song...No matter what, no matter how, Allah will always stay with us..
by our side!!!

InsyaALLAH by MAHER ZAIN

"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we’ll find the way"
 Urmm...best kn? 1st time i heard this song..i feel so touch & feel bless...very good song. It makes me strong..keep it up!! Wlpun sebenarnya..dikahabarkan album Thank You Allah by Maher Zain penyanyi Sweden kelahiran Lubnan ni dah di edarkan di Malaysia sejak Mei lalu oleh Inteam Records tapi baru semalam saya 'ter'dengar this song..tu pun klu tak silap dari rancangan Fuhh!! Pastu saya buat research & betoi la lagu ni dh lama berkumandang kt radio & internet...jauh ketinggalan ni!! but wlpun ketinggalan..lagu ni seharusnya dijadikan sebagai panduan untuk saya & sesape je yang mungkin adakala hilang pedoman..kn? dugaan hidup ni xdpt kita jangka..betoi x? so, sekurang2nya bila dgr this song...rasa sayu, rasa insaf , rasa kebesaranNYA itu akn buat kita 'sentap!! dan akhirnya kita akan ..berpaling kepada-Nya.....Amin.

2.10.10

Penawar Hati~


Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar
mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.
Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca
sifatnya mudah pecah dan terluka.
Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk
diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak
pernah kenal putus asa.
Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta
ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar
kesenangan.  Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.
Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya.  Kerana teman saling
mencontohi.
Jika kamu berada dirumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada di tengah orang
ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu.