26.11.10

Penang Beach Carnival 2010 DITUNDA!!

Seperti yg kita dh tahu..semalam semua channel  TV pakat berduyun2 menyampaikan berita tentang kematian bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu.
Disebabkan itu, nak la jgk aku memaklumkan disini bahawa:
  • Pertandingan Menembak Piala TYT 2010 pada 27 Nov..ha! esok! ditunda ke tarikh yg akan dimaklumkn kemudian...xtau bila!
  • Penang Beach Carnival pada 28 Nov..lusa oke! ditunda ke 18 DIS 10...
  • Penang Line Dance Carnival pada 28 Nov pun ditunda ke tarikh bila x tahu lg oke!
Penundaan program-program tersebut adalah untuk menghormati mendiang dan upacara pengebumian akan diadakan pada 28 Nov 10. 
Apa2hal untuk mensahihkan lagi kenyataan aku ni bleh la ampa intai kat website Majlis Sukan Negeri Penang di link ni oke! http://www.msnpp.com.my/
haha..sekian saja utk kali ni...wink*

22.11.10

Penang Beach Carnival 2010

28 November  10 at 07:00am – 11:00pm
Golden Sands Resort, Batu Ferringhi
Created by: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
More Info:
The Penang Beach Carnival is back for the third consecutive year at the same venue!

This beach carnival has made its mark as a community event for people of all age group. Last year's event saw some 20,000 people participating and witnessing some 14 activities held from early morning till late night. It is also a tradition for the Governor to officially close the event at the end of the night.

This year, we have planned over 20 activities, both competitive and non-competitive, for the young and old, men and women of the community including our local and foreign visitors. We hope to get more people involved and it would great fun for our local and foreign visitors also as there are many activities where participants can register to participate on the spot such as the Beach Telematch, Beach Futsal, Fishing Competition, Sandcastle Competition and much more.

The Penang Beach Carnival is not just a community event held for the community but one held by the community for the people and our visitors. We look forward to seeing you, your family and friends there.


*p/s:~ AHaha..apa tunggu lagi jom la ghamei2 p..aku & the geng dh kompom p..kali ni nk try join competition Aerobaton 2 jam! hah!! bleh ke aku tahan 2 jam tu? Arghhhh...try je la. X cuba x tahu kn? tiap2 ari dok senamrobik xkan stamina x cukup kuat lg kot..hehe..so, cuba je la..


~ Klu nk join sempat lagi ni..caranya dptkn borang penyertaan dekat mana2 kompleks sukan ke, jabatan sukan ke, majlis sukan ke atau kelab2 senamrobik yg berdekatan dgn tempat ampa..isi borang je..pastu kena bayar la sikit RM 12 je pongggg...ampa akn dpt baju sekali! AHaha..menarik kn? so..J0m cepatttttttt!!!!!

Iklan jap ~ heh3

20.11.10

Ikut naluri sendiri

'BERWASPADALAH dengan lelaki Pantai Timur di Malaysia, mereka gemar mengganggu wanita kulit putih dan pernah juga beberapa kali kes percubaan mencabul telah dilaporkan kepada pihak berkuasa...'
Pernyataan itu membuatkan saya terkejut. Saya pernah membacanya dalam sebuah buku panduan kembara yang memberi keterangan mengenai catatan pengalaman dan destinasi pelancongan di negeri Kelantan dan Terengganu.
Penerbitan dengan jenama logo popular itu benar-benar membuat saya terhina (walaupun saya bukan lelaki Pantai Timur). Sekurang-kurangnya, saya rasa marah kerana sehingga begitu sekali ulasan rambang seperti itu dibenarkan tersiar dalam buku siri kembara berkenaan.
Bagaimanakah nanti tempias ulasan tersebut terhadap imej pelancongan di situ? Bagaimana pula pendirian golongan pengembara backpack yang mahu mencari kehalusan budi masyarakat dan suasana tradisional di Kelantan dan Terengganu?
Sempat saya bertanyakan isu tersebut kepada seorang pengembara tegar dan juga penulis bebas, David Bowden. Lelaki berusia lebih setengah abad yang bermastautin di negara ini sejak berpuluh tahun lalu itu hanya tersenyum dan meminta saya bertenang dan berfikir semula.
"Sebab itu saya menasihatkan ramai pelibur agar tidak percaya 100 peratus pada buku panduan kembara.
"Ia ditulis oleh ratusan pengembara dengan latar sentimen yang berbeza. Mereka kemudian menjual catatan mereka kepada pihak penerbit buku berkenaan.
Tanpa prejudiis
"Malangnya, setiap orang mempunyai pengalaman berlainan. Jika difikirkan secara rasional, satu pengalaman buruk yang terpencil tidak menggambarkan keseluruhan keadaan.
"Memang malang apabila catatan dalam buku itu tidak disunting dengan baik," ujar Bowden yang pernah bersama-sama saya menjamu selera sambil bersila dan menggunakan tangan di sebuah inap desa di Langkawi tidak lama dahulu.
Menurut Bowden, ulasan seperti itu sebaliknya akan menjadikan golongan pengembara sejati mahu terus mengembara tanpa rasa prejudis.
"Namanya pun buku panduan. Ia bukan buku tentang doktrin kehidupan. Maka, kita hendaklah sekadar membacanya tanpa perlu membuat andaian mahupun keputusan tertentu.
"Kalau seseorang itu takut untuk melangkah jauh hanya kerana dia percaya bulat-bulat pada kata-kata orang lain, dia bukan seorang pengembara sejati.
"Sebaliknya, dia hanyalah pelancong tipikal yang hanya rasa selamat jika berada di dalam bas pesiaran berhawa dingin!" jelasnya yang pernah diberi anugerah Friends of Thailand oleh lembaga pelancongan Negara Gajah Putih itu.
Bowden turut berpesan, perancangan perjalanan seseorang juga tidak sepatutnya bersandarkan pada perkara yang dicadangkan di dalam buku panduan sedemikian.
"Cadangan perjalanan, sama ada tempat untuk dilawati atau lokasi penginapan, membolehkan kita membandingkannya dengan situasi dan pilihan yang lain.
"Lebih menyeronokkan kalau kita bergerak mengikut naluri kembara sendiri di tempat-tempat yang sudah kita kenal pasti sebagai selamat.
"Bergerak di luar radius atau laluan yang disyorkan bakal menemukan kita dengan lebih banyak tarikan. Kita lebih mengenali pola masyarakat, budaya, suasana dan makanan yang tidak langsung tercatat dalam buku panduan itu.
"Akhirnya, kualiti pengalaman kita itulah yang akan menandingi segala yang pernah kita baca. Malah, anda boleh menulis catatan atau jurnal anda sendiri selepas itu," ujarnya panjang lebar.
Tambah Bowden, apabila seseorang pengembara itu berani mendekati dan berinteraksi pada komuniti setempat, ia melatih rasa hormat dan konsep kesaksamaan darjat walaupun masing-masing dari dunia yang berbeza.
Mendengarkan pandangan sebegitu daripada seorang yang otai dalam hal-hal kembara seperti Bowden, saya semakin bersiap sedia untuk menjejak ke destinasi baru dengan lebih beretika dan bertanggungjawab, seiring kamera dan buku catatan di tangan!

19.11.10

alasan berbohong!!

 Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
 1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
 
BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. 
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.


saat menilai cinta..ouch!!


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

16.11.10

Serangan 'ala mafia' anggota tentera!!!

KUANTAN: Suspek lelaki berusia 30 tahun yang kini menjadi buruan polis dalam kejadian serangan ‘ala mafia’ menggunakan pedang samurai menyebabkan tiga cedera di Flet Alor Akar di sini, Jumaat lalu, seorang bekas tentera di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Suspek dikenali Azli Che Mat, nombor kad pengenalan 801017-11-5163 manakala nombor tentera T 1128793, beralamat 143-B Belukar Sukai, Kuala Terengganu didapati melarikan diri dari pasukan keselamatan berkenaan pada 14 Januari 2003.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, turut diburu seorang wanita berusia 17 tahun dipercayai isteri suspek.

“Wanita yang dikatakan isteri suspek itu dikenali sebagai Nurul Hanees Syazwani Mohamad beralamat di Johor Baharu, Johor.

“Dia amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, polis berusaha keras mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua mereka tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09 5132222 atau balai polis berhampiran.

Dalam kejadian bermotifkan cemburu kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki berkenaan bertindak seperti dirasuk syaitan melibas pedang samurai, mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Anas Safian Efa Rizal yang dijaga pengasuhnya, Suziana Hopiah, 24.

Turut cedera parah dalam kejadian itu, suami Suziana, Mohd Taufik Abdul Razak, 36.

Suspek melakukan serangan itu selepas percaya isterinya dilarikan dan disembunyikan adik Suziana di rumah mereka.