31.12.10

♥ Bla..bla..bla 2010? Bla..bla..bla baby? ♥

Sepanjang 2010 banyak hal yang telah aku, kau atau kita dah lalui.
Suka duka, Silih berganti. Kejap suka, kemudia duka.
Lepas tu datang lagi suka. Ingat berpanjangan.
Rupanya duka datang lagi.

Suka. Buat hati berbunga2. Suka. Buat hidup sentiasa ceria.
Penat. Sebab selalu bertukar perasaan.Berperang dengan suasana.
Kecewa. Bila yang di harapkan tak menjadi. Tak membuahkan hasil.

Kehidupan seorang manusia ibarat dunia yang berputar.
Ada ketika kita di bawah, di tepi, di tengah dan di atas.
Ada masa perasaan kita terang, cerah, gelap, mendung, hujan
dan..taktau nak cakap.

Itu la..tak tau nak gambarkan dengan jelas melalui kata2 yang merapu ni.
Apa yang confirm nya.
Hati aku 0.
Aku sunyi.
Aku Boring.
Aku Tension.
Aku.....nak BABY!!!

Korang ada cara tak atau tahu kaedah2 nak dapatkan zuriat? Help! Help ME!
Tak kisah cara macam mana pun yang korang tahu. Bagitahu je. Tak pe.
Aku nak cuba je. Mana tahu kan, kalau berhasil!
Samada melalui:
  • Pemakanan ke...makan jenis tak pantang ni.
  • Pantang larang yang patut di pantang ke...tak tahu sangat bab pantang.
  • Mengurut ke..tapi ada penyakit GELI.
  • Cara Moden ke..
  • Jumpa doc ke.
  • Jumpa bomoh ke..Aik, JANGAN!
Atau apa2 cara pun yang korang tahu la..Please.
Aku sangat memerlukan khidmat nasihat pakar, separa pakar dan tak pakar
pun tak pa. Jangan ajaran sesat dah ye.

30.12.10

Seronok ke buat maksiat?


BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.

Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.

Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.

Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.
Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.

Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.

Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.

Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.

Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata "Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi".

Ada pula yang berkata, "Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.

Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, "Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan". Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al-Mulk ayat 2)

Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.

Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah
Al-'Asr ayat 1-3).

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

sumber:Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

27.12.10

♥ Adoiii laa...kaki terpeleot!

Salam.
Hai, pada yang lalu lintas kat sini.
Kalau dah terlanjur lalu lintas tu buat la kunjungan hormat sekali kat Followers tu.
Hik! ambik kesempatan pulak. HeHeeee.

Oke. Jom Dengaq cerita aku.
Lepas kuaq dari ofis jam 5 pm tadi dengan pantas aku tukar baju
dan terus gerak ke Kompleks Sukan Batu Uban, Penang.
Nak p aerobik! penuh semangat!
Sesuaiiii la sangat dengan slogan TIADA ALASAN! untuk tidak cergas!
Hah, ambik hang..kena la kat sapa2 yang tak pernah bersenam tu kan.

Memang syok la sambil layan muzik rancak. lompat2. gelek2 bontot sikit.
Tengah syok2 dok senamrobik tu. 30 minit selepas itu..
Tiba2 ADOiiiiii laaa.
Kaki cek terpeleot! terseliuh lohh. Kaki Kanan.
Sakit oii kat tumit tu..rasa cam retak pon ada. Pelik.
Padahal pakai sport shoe. Camna aku lompat tadi??
Salah langkah kot masa silang kaki buat grape vine tadi tu..
Ah..lantak la. Aku nak balik.
Tu la sapa suruh tak UTAMAKAN KESELAMATAN.
Tak ada sapa nak bertanggungjawab tau. Sendiri tanggung la.

7.15 pm aku kuaq dari Kompleks Sukan terus ke susur masuk Jambatan Penang.
Aik. Boleh lagi tekan pedal minyak. Tak sakit la sangat.
Sakit kat tumit je. Jari2 kaki tu tak sakit langsung pon.
Pelik lagi. Hari ni jambatan lancar. Tak jem pulak.
Bagus. Tapi aku drive slow je.
Mood cool walaupun `ter'dapat kecederaan yang tak disangka2.

Lebih kurang 7.55pm  sampai rumah.
Mandi. Wangi. Solat. Apalagi nak buat. Lapaq??
Nak masak memang aku tak kuasa laa. Penat.
Tapi lapaq ni?

Last ni je aku dapat bagi kat perut aku ni.
bebola ayam, scallops ayam dan
drummet ayam. Bukan aku makan
semua ni tau..share dengan Badin.
Dalam dok penat2/sakit pon daan lagi buka tenet tu.
Nak jugak jenguk blog. HeHeeee.
Kalau buka tenet tu laju tak apa jugak.
Siput baban pon jalan laju lagi tau.
Mau ke parit jugak aku humban broadband ni.
Eh! jangan. Sabaq dulu. Tunggu TM mai pasang streamyx dulu.

Ha, pastu nak humban ke laut pon tak apa. TM ni pon aku hangin jugak ni.
Dah dekat 2 minggu register. Tak mai2 pasang lagi pon..adeh laa.
PeniN aku dengan depa ni!

26.12.10

♥ Urm... rasa tak best jer! ♥

Salam 1 Malaysia.
Wah..1st time tu bagi salam 1 malaysia!
Betol!..tak penah sebut pon sebelum ni tau.

Nak cite sikit la pasal weekend minggu ni...yang sangat membosankan.
Asyik bangun lambat ja dua hari ni..kol 8..kol 9 baru bangun weh.
Gara2 bangun lambat ja, habis semua aktiviti yang dirancang untuk weekend ni tergendala.

Aktiviti untuk aku saja laa.
Aktiviti untuk laki bini..urmmm..memang tak ada la.
Badin memanjannnnnng ja sebok dia walaupun hari minggu.
maklum la kerja sendiri, nak jadi `Tan Sri' satu hari nanti katanya.
so, kena keja kuat laaa...bagus la kerja kuat2..sementara belum ada anak lagi ni.
elok la kumpul duit banyak2.
Ada pon masa dia dengan aku..tengah malam nun, time nak tidoq ja!..uiii.

Camni haa...memang aku dah plan cantik dah yang weekend ni aku nak pi senamrobik.
Dah 2 minggu aku tak melibatkan diri dengan kelab senamrobik tu.
Jadi minggu ni ingat memang nak pi la tayang muka kan.
Alih2...pagi sabtu tu kol 8 baru aku tersedar dari tidoq.
Terkocoh2 aku bangun..tapi nak buat apa..dah lambat!
Kol 8 sepatutnya dah ada dekat Tasik Kulim tu.
Sudahnya..mengemas rumah ja la aku pagi tu.
jolok2 sawang yang entah berapa bulan aku tak jolok!!

GOLLLLLL!!!
Malaysia dah gol 1 oke.
1-0
Hehe...time ni sambil tengok bola..Malaysia lwn Indonesia.
Layan bola pon sorang2 ja laki aku kerja kan..oh, sungguh sedih~
Oke2..jom sambung balik.

Hari ni pon aku bangun lambat jugak.
Ahad biasanya aku turun senamrobik dekat Empangan Tasik Mengkuang.
haish..aku rasa tak puas hati sangat/kecewa sangat weekend minggu ni tak dapat nak buat aktiviti yang aku suka sangat tu.

Moral: Sebelum tidoq niat dulu nak bangun awal! hehe..betol ke? Badin pulak kata..tepuk bantal cakap kat bantal tu nak bangun awal...itu macam tak betol jer!..haha

Penting Utk Wanita...Kumango kecutkan fibroid..Sila Baca

KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.

“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.

“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.

“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Keguguran
Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.

“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.


Air Buah Kumango
 Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.

“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.

21.12.10

Tanda tidak subur?

Berbicara tentang masalah mandul, seseorang wanita yang mengalami keputihan tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan masalah kemandulan atau tidak subur.
Dr. Suhaimi memberitahu, mungkin ada benarnya jika bakteria ini dapat memasuki pelvis yang mana saluran felopio (fallopian tube) dijangkiti kuman dan tersumbat. Namun, ia berlaku secara tidak langsung.

“Berdasarkan pengalaman saya, keputihan tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan punca mandul. Namun, ada kes pesakit saya yang mengalami masalah mengandung luar rahim. Puncanya tidak jelas tetapi ia mungkin berkaitan. Oleh itu, setiap wanita yang merasakan mereka mengalami masalah kesuburan atau keputihan, perlu membuat pemeriksaan doktor segera,” ujarnya.

Justeru itu, setiap wanita digalakkan melakukan pemeriksaan calitan Pap Smear bagi mengambil contoh keputihan untuk kajian di makmal yang akan memperincikan jenis kuman serta bagaimana untuk diubati. Puncanya biasanya daripada ‘candidiasis’, ‘vaginosis bacterial’ atau ‘trikomoniasis’.

Dalam pada itu, ramai yang tidak mengetahui, setiap rawatan yang dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin untuk mengatasi masalah ini, pasangan mereka juga perlu menjalani rawatan yang sama.

Kebiasaannya, suami tidak akan berasa selesa jika faraj isteri mereka berbau busuk. Ini secara tidak langsung menganggu hubungan intim mereka dan menjejaskan perkahwinan.

Komplikasi
Keputihan yang berpunca daripada jangkitan chlamydia atau gonorrhea yang keluar dengan banyak, boleh menjangkiti bahagian atas reproduktif wanita.

Jangkitan gonorrhea dan chlamydia agak berbahaya kerana ia boleh menyebabkan tiub fallopian dan peranakan wanita musnah. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan seseorang wanita mandul. Penghasilan yang terlalu banyak ini boleh merebak masuk ke dalam bahagian sistem reproduktif wanita.

Apabila masalah ini merebak hingga ke bahagian atas reproduktif wanita, biasanya wanita terbabit akan mengalami demam, sakit perut berserta keputihan yang busuk, berubah warna dan gatal. Sehubungan itu, wanita terbabit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan secepat mungkin, kerana ada kalanya terdapat nanah pada bahagian yang terkena jangkitan. Pada masa yang sama, keadaan ini boleh memudaratkan wanita berkenaan.

Sekiranya wanita terbabit mengalami sakit perut serta demam, terdapat kemungkinan mereka telah mendapat jangkitan pada pelvik. Jangkitan ini biasanya melibatkan rahim, tiub fallopian dan ovari yang dikenali sebagai pelvic inflammatory disease (PID).

Menurut Dr. Suhaimi, ada kalanya masalah keputihan ini sukar dirawat kerana ia berulang. Masalah ini bertambah lebih sukar sekiranya:
* Suami wanita terbabit tidak dirawat
* Tidak mengamalkan ubat seperti yang dijadualkan
* Tabiat suka bertukar-tukar pasangan seksual

Rawatan
* Rawatan masalah keputihan ini bergantung kepada puncanya sama ada diberi antibiotik atau ubat-ubatan seperti pil yang dimakan, pessary yang dimasukkan ke dalam faraj dan ubat cuci.
* Menjaga kebersihan
* Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membolehkan peluh diserap dengan baik
* Tidak bertukar-tukar pasangan seksual.

Individu berisiko
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang wanita untuk mendapat keputihan seperti:
* Penggunaan ubat antibiotik dalam jangka masa yang panjang
* Menggunakan pakaian yang ketat terutamanya pakaian dalam yang diperbuat bukan dari kain kapas
* Menggunakan pakaian yang lembap dan basah Pesakit diabetes
* Pesakit leukemia atau AIDS - keadaan ini mengakibatkan sistem pertahanan badan musnah
* Pil perancang keluarga
* Wanita hamil
* Wanita menopaus
* Mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual

Menyambut kelahiran si manja

Anda akan tahu bahawa masanya hampir tiba apabila sakit bersalin mula dirasai. Terdapat juga tanda lain, seperti peningkatan lelehan faraj yang kelihatan jernih, berwarna merah jambu atau mengandungi darah. Ini dikatakan 'tanda'.

Sakit bersalin dirasai apabila terdapat kontraksi atau pengecutan yang menyakitkan di dalam rahim. Pada mulanya, rasa sakit akan berlanjutan selama lebih kurang setengah minit dan akan 'melanda' pada selang masa yang tetap kira-kira setiap 10 minit. Kemudian, kontraksi akan berlaku dengan lebih kerap, pada tempoh masa yang lebih panjang, dan pada intensiti yang semakin meningkat. Apabila selang masa antara kontraksi hanya kira-kira empat hingga lima minit, anda hendaklah berangkat ke hospital.

Ini mungkin saat yang paling mencemaskan sepanjang tempoh mengandung. Usah terlalu bimbang. Jika persiapan sudah dibuat rapi, anda pasti dapat menghadapi tahap terakhir kehamilan dengan baik, yang juga menandakan detik untuk menyambut kelahiran penyeri kebahagiaan rumah tangga anda.

Di dalam bilik bersalin
Salah satu perkara yang sepatutnya dibincangkan dengan pakar perbidanan anda ialah kaedah bersalin yang dipilih (contohnya, bersalin secara semula jadi tanpa ubat tahan sakit, atau bersalin dengan bius epidural).

Bagaimanapun, rancangan mungkin berubah jika sesuatu di luar jangkaan berlaku. Sebagai contoh, pakar obstetrik anda mungkin perlu memulakan proses bersalin dengan induksi jika bayi dalam kandungan sudah cukup tempoh atau mencepatkan kelahiran jika masa bersalin terlalu panjang, atau memberikan bantuan kelahiran jika anda terlalu penat untuk meneran atau bayi mula lemas. Kaedah bantuan kelahiran yang biasa adalah episiotomi, kelahiran menggunakan forseps, pengeluaran vakum dan pembedahan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah bantuan kelahiran, berbincanglah dengan individu yang paling sesuai, iaitu pakar obstetrik anda.

Penjagaan selepas bersalin
Badan anda mungkin lebih mudah diserang jangkitan di bahagian luka yang dialami ketika melahirkan anak (contohnya, potongan faraj, episiotomi, potongan caesarean) atau pada selaput uterus. Oleh itu, anda perlu memberi perhatian terhadap kebersihan diri dan penjagaan luka selepas bersalin untuk mengelakkan jangkitan dan pemulihan segera.

Ketahui lebih lanjut tentang kelahiran anak dan penjagaan ibu selepas bersalin dalam buku panduan Menimang Si Manja, terbitan Pengasuhan Positif sempena ulang tahun ke-10. Jika anda berminat untuk membeli buku ini, sila hubungi Sekretariat di talian 03-5632 3301 atau layari www.mypositiveparenting.org.

20.12.10

♥ 1st Anniversary ♥

السلام عليكم ورحمة  الله وبركاته
 Hi..frens! 
18 Dis 10 yang lalu genap
setahun umoq perkahwinan aku
dengan My Lobely hubby..Bazruddin Zakaria,28
@lebih suka aku panggil dia BADIN
Sempoi kan?? tak macam orang lain..
panggil abang, papa, B & macam2 jenis panggilan lagi laa..

Aku bukannya takmo panggil abang kat Badin
tapi Badin yang tak bagi aku panggil dia
selain dari BADIN!!
Hangpa rasa pelik tak kenapa???
Sebab...kata dia...
Panggilan abang..tak sesuai dengan dia..
....nampak macam dah tua sangat
....dah tua2 nanti boleh la panggil!
Haha...

Tapi yang best sangat pasal laki aku ni..
dari awal perkenalan kami...
dia tak hipokrit!
tak berpura2!
 Dia jadi diri dia 100%
baik buruk terang2 dia tunjuk/cakap kat aku awal2
layanan dia kat aku bercampoq2..
sat dia buat aku ni memang macam bini dia
satgi dia buat aku macam kawan dia
dok tak lama pulak..dia buat aku ni macam lawan dia

Bab bercakap/berbahasa ni ikut dannn dia ja
dia rasa nak cakap hang, aku..hang, aku
dengan aku..selamba ja dia lepas!

Apa yang korang dapat rasa dan bayangkan sekarang??
Badin kejam ke?
Badin tak bagoos ke?
Ke biasa ja camtu??

Ahhh...bagi aku ja jawab!!
hehehe..
BADIN sangat la bagoos untuk menjadi suami kepada AKU
Syukur YA ALLAH..dengan jodoh ini!!
 Kenapa aku jawab camtu??
Sebab  perangai aku pon cam dia jugak
1 KAPLA!! dialog Acappan..
Dia sekeh aku! Aku lekuk dia!
Dia karate aku! Aku tomoi dia!
Dia kata aku..3 suku! Aku kata dia..mengong!

Oppsss!!! jangan salah anggap pulak!!
Tak ada apa yang memudaratkan hubungan
Aku dengan Badin
kerana..
Itu la kami..suami isteri yang sempoi dan paham perangai masing2

Dan
kami akan pastikan..
samada AKU @ BADIN
tak berkecil HATI/tak terasa HATI/tak ambik HATI
serta
tak SAKIT/tak SENGET/tak LEBAM!!!

Bosan ke korang baca nii???
hehe..soriiiii..
Tapi..hidup berumahtangga bohong la kalau kata
tak GADOH/tak NANGIS/tak SALAH PAHAM kan??
Ada jugak ketikanya..
tapi pandai2 kita la setelkan
supaya tak berpanjangan..
agar KEHARMONIAN R/TANGGA tu sentiasa stabil
Betoi dak???
Tapi..lumrah la kan
dalam syok2 tu mesti ada jugak yang tak syok!
Apadia?? Baby laa!!
Dah setahun belum ada rezeki nak dapat baby..
Kadang2..malas nak balik kampung
sebab tu la!
Satgi mai la maklong,makngah,maklang
pakat mai tanya..ada dakgi???
ishhh...cemuih aeh nak jawab bagi kat hangpa!!

Itu bukan KUASA aku lorh!!!
Lain la kalau aku ada kuasa beto ka, kuasa power rangers ka
lagi baguih kalau aku ada power cam doraemon!!!!

Kat opis pon sama 2x5 jugak..
Asyik dok tanya soklan..bila nak tukaq pakai baju kurung ni? (pregnant la tu)
sebab aku kan keja pakai uniform..bila dah pregnant baru boleh pakai baju kurung
Padahal, tiap hari jumpa..
kalu nak tanya pon..tunggu la bulan depan nuu baru tanya pulak!!
ishhh..dia ni aku sekeh kalu!!ketahuan kot!!
Dalam facebook pon ada jugak hat dok tanya..sebok jaa~
Tak patut kan depa buat aku camtu???
tensen aku kekadang tau!!
Tapi betoi laa...aku dengan Badin pon sedih jugak dengan keadaan ni..
Apa boleh buat kan..kena SABAR/ kena REDHA/ kena TERIMA laa
InsyaALLAH ada la rezeki tu nanti...kan??

Orang pon selalu jugak kata...belum ada rezeki tu!!
Hah..dah tu awat orang rajin sangat dok tanya??
Dah nampak dah aku tak boroi lagi, buleh dok pi tanya lagi..
Jaga la sama hati aku ni..
ish..tak paham aku?
  Info Sahaja:
Perkenalan dengan Badin~2009
Bln 3 - kenal2/malu2/mau2
Bln 4 - di risik2/ di rincik2/ di pilih2
Bln 5 - di pinang/ di sirih junjung
Bln 12 - di nikahkan/ kompom!!!

nampak! tak buang masa langsung pon dengan Badin..kan?
Bagoosss tak?
Masa yang bertahun2 aku buang dengan pakwe2 yang aku reject/ yang asyik tak jadi tu..
langsong tak bagos untuk aku kenang2 kan..huh!

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة  الله وبركاته

17.12.10

Selamat Malam Sayang!

Heeeee...suspen ja kan...
jam sekarang ni 12:50 am oke..
dah lewat kan?? awat aku tak tidoq lagi ni??
esok kan keja...06:30 am aku dah kena kuaq umah oke!
sebab aku hari2 long distant..

Pagi~Kulim to Penang
Petang~ Penang to Kulim
paham dak?

Penang~tempat keja
Kulim~tempat tinggal
Paham dah kot noh?

So, Skrg ni aku tengah tunggu
hubby balik keja lorr..selagi dia tak sampai umah
aku takkan dapat tidoq
mata ni mmg tokleh nak pejam
kalau dia takda depan mata aku nih..

cita2 aku nak jadi isteri yang mithali
buleh ka lagu tu??
ikut suka aku laaa kan!

oke la..sblm masuk tidoq
jom nyanyi dulu lagu Faizal Tahir yang best gila ni
supaya tidoq kita lena jaa sepanjang malam...
Daaa...nanite!


~Selamat Malam Sayang~
Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Lirik  Selamat Malam -  Faizal Tahir

15.12.10

Celoteh Bosan...aku boring wei!!

Nak tau tak? Aku teruja lah sangat nak sambut HUT pertama perkahwinan aku dgn hubby..ops! maap..HUT tu Hari Ulang Tahun oke..dok kira hari jaa..bilaaa lah nak sampi 18 Dis ni! Bukan apa sangat pon..tunggu HADIAH je yang sebetoinya..heeeee..

Alaaah 1st time nak sambut kan...dah tentu la syok nak tambah angka berapa tahun dah berkahwin tu.. Maklom laa kan, Aku menikah pon di kala umo aku TUttttttttttt....tahun depan dah naik angka 30...ish! ngeri tau! Apa tak nya..tahun depan tu dah tak berapa hari ja lagi tinggal..uh!

Apapun, aku bahagia sangat dengan apa yang aku ada sekarang..dengan apa yang aku kecapi saat ni...walaupun aku KAWIN LAMBAT dari kawan2 yang laa ni depa dah beranak pinak 3, 4 orang dah..tapi berbaloi bagi aku..Apa yang berbaloi pulak?

dah nak cukup setahun dah nikah tapi perot aku sampai hari ni tak BOYOT lagi! BOYOT a.k.a PREGNANT oke..berbaloi ke kawin lambat tu?? Alamak! tak baik laa aku cakap camtu...maap manyak2 yew..

Macam kita semua tahu laa kan..jodoh, maut, pertemuan tu kan terletak pada kuasa ALLAH SWT...jodoh lambat ke cepat ke..takyah la kita risau..(aku seniri pon risau jugak dulu..heeeee) Tapi kita disuruh jugak untuk berusaha mencari jodoh...haa! supaya senang...senang apa?? Supaya senang kita cari ikut citarasa kita lah..adoiilaa..nak yang cantik ke..yang belemoih ke..yang chubby ke..yang k&k ke..haaa! nak tahu k&k tu apa??

Aku penah kena panggil dengan gelaran tu dolu2 tau..Kurus&Kering! hahaha..siot je sarjan iwan panggil aku k&k dulu! TAPI..walau camna pon kita suka kat SiDia tu..kalau takda jodoh dengan SiDia tak kawin jugak.

Macam kesah cinta silam aku dulu...bercinta bagai nak rak orang kata kan...dah bertunang pon. Kalau dah bertunang mesti la dah sampai tahap serius nak kawin kan..last! tak jadi! putus!...dalam hati terus takda cinta..mana pi tah cinta yang bagai nak rak tu... Bila dah putus! tak jadi! orang pon akan kata..Takda jodoh!!!! boleh terima ke ayat aku tu? heeeee...

psssssst; aku boring..sorang2 kat umah. Hubby keja...Uwaaa...waaa balik la cepat der (panggilan manja)

Satu Hari Cinta


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walaupun kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

13.12.10

Juha 'Mr. Bean' Zaman Abbasiyah

Juha Membalas Dendam

  . Suatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.

    Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepadaku.

    Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur. Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu longgokan api.”

    Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun mempersilakan mereka masuk.

    Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?” Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku pun berkata di samping ingin mengenakan mereka:

“Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai ia masak dulu!”

Mana Dia Surat Itu

    Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

    Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”

    Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.  

Juha Memegang Janji

    Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

    Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak.     Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.

    Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.

    Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?”  Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”

Aku Datang

SETIAP kali kutatap wajahnya yang legam sekujur, aku seperti melihat susuk dalamanku sendiri. Bukan bermaksud aku merendahkan kesuciannya tetapi warna hitamnya kubandingkan dengan hatiku yang setitik hitam, kian lama kian menghitam seibu jari kemudian melebar setapak tangan dan kemudian, ah, barangkali sekujur hatiku telah menjadi segelap pekat kopi!

Ya, susuk tubuhnya yang ini benar-benar mengagumkan. Berbeza pada nama, buatan dan tanpa kiswah. Di situlah orang boleh minum-minum malah dituntut untuk melakukannya dengan niat. Sebebal-bebal aku, aku tahu niat mereka - bukan memuji keistimewaan sekian kukuh sejarah Ibrahim bersama-sama Ismail memperteguh dirian. Atau sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa melalui satelit, tanah terletaknya makhluk segi empat hitam itu jelas bercahaya dari angkasa sedangkan kawasan sekitarnya gelita. Atau barangkali mereka menyedari bahawa di situlah lambang perpaduan umat manusia apabila Yakjuj dan Makjuj tidak berupaya untuk masuk kerana setiap pintu dan jisim dijagai malaikat. Dan tidakkah mereka tahu sepasang kekasih yang melakukan maksiat di tanah haram telah menjadi batu? Seketul dihantar ke Bukit Safa dan seketul lagi di Bukit Marwah. Tidakkah mereka sedar bahawa sepuluh ribu tentera Abrahah terkorban oleh batu neraka dari burung ababil kerana mahu merobohkannya? Dan sekarang, binaan itu dibina sebagai simbol untuk mereka menghina dan membakar al-Quran juga?  Dahsyatnya! Hitam. Kehitaman yang lembut seperti kegelapan yang asyik dan nikmat bagaikan merangkulku dalam selimut dan membuatkan aku tidak reda berpisah dengan keadaan serupa itu lagi - kuakui setelah kutinggalkan negeri itu.

Pada awalnya, memang aku telah jauh terhunjam ke dalam kegelapan yang dahsyat amat. Akhirnya aku gagal dalam segala hal - mahu menjadikan diriku dianggap berilmu, up to date atau juga aku konon bakal mentereng dengan topi sarjana dalam foto kurnia ijazah luar negara. Kejutan atau pertembungan yang menjadi penyebabnya? Salah pesta-pestaan atau foya-foya di luar batas kemanusiaan? Bukankah aku anak jahil dan masih remaja sewaktu aku dihantar ke sana? Salahkah aku yang jahil lalu sesat barat entah di mana pangkal budaya entah di mana hujung tata susila? Salahkah papa? Salahkah mama? Aeronautical Engineering bukan kehendakku tetapi papa. Akukah robot yang boleh diprogramkan mengikut arahan papa?

Ahhhh! Setelah disahkan tidak boleh mengulang lagi, aku terus angkat kaki. Biarlah aku menjadi orang misteri konon jasad di sana tetapi sebenarnya sudah tiada. Atas desakan hidup, aku dikenalkan dengan seseorang - matanya sepet, mukanya bujur dan percakapannya telo sekali sungguhpun aku pasti dia sama warganegara sepertiku dan usianya mengatasiku. Apa yang menarik, dia fasih berbahasa asing seperti yang kugunakan selalu. Entah bagaimana, aku menjadi amat terpesona dengan tawarannya walaupun jawatanku hanya jurucakap merangkap jurugoda, katanya. Lucu bunyinya, tetapi aku tak kisah. D-u-i-t terlalu penting bagiku pada saat itu.

Seminggu suntuk aku diberikan kursus intensif. Aku perlu menghafaz beberapa produk dengan pelbagai tawaran dan potongan istimewa. Caraku bertutur, gaya memujuk, intonasi suara dan bahasa badanku semestinya perlu berupaya meyakinkan calon klien. Selain gaji harian, aku juga memperoleh bonus satu persen daripada jumlah belian atau wang masuk syarikat pada hari tersebut. Wah, lumayan. Ghairahku melonjak-lonjak!

Pada suatu hari, aku mula berpanas terik di tempat letak kereta pekan Bang. Hampir lewat pukul 3.00 aku baru menaruh harapan terhadap seorang lelaki yang tergesa-gesa mengiring empat orang anaknya mahu ke kereta.

Aku hulurkan sekeping kad. Dia menyambut tetapi mahu segera berlalu. Aku tangkas bertindak untuk mendesak. Itulah peluang untukku mendapat duit pada hari itu kerana sedari tadi tidak ada seorang pun yang sudi berhenti atau menghiraukan pelawaanku. Tetapi, tidak dia. Apakah dia seorang yang benar-benar dungu sehingga mudah untuk kugoda dan kuperdaya?

Mula-mula kutunjukkan keratan akhbar. Ada gambar klien yang bersetuju menderma sedikit untuk syarikat yang semakin berkembang (kononnya) tetapi dalam waktu yang sama juga mendapat hadiah undian bertuah. Kemudian, kugores kad di tangannya. Kukatakan, dia telah memenangi hadiah tilam istimewa, sayang bukannya sebuah kereta mewah seperti yang disaksikannya pada keratan akhbar ternama tadi. Kukatakan lagi, dia perlu ke syarikat kami kerana di sana lebih banyak peluang dia memperoleh hadiah selain melihat foto-foto para pemenang yang barangkali ada orang yang dikenali.

Tanpa banyak bicara, aku masuk ke keretanya bersama-sama seorang lagi rakan. Dalam pada itu, aku meminta izin untuk menggunakan telefon selularnya (sedang sebenarnya aku mahu majikanku bersedia di pejabat sekali gus mendapatkan nombornya). Rakanku pula memainkan peranan dengan cerita yang muluk-muluk dan janji-janji lemak manis serta bayangan gunungan keuntungan jikalau dia melabur dengan kami nanti.

Bilik berhawa dingin, dengan muzik menggegarkan kepala menyambutnya anak-beranak. Teman-temanku Dragon, Snake, Tiger dan Lily, masing-masing memainkan peranan. Sehinggalah pada suatu ketika, aku berjaya memujuknya untuk membeli barangan yang akan dijual kembali dengan harga tujuh kali ganda setelah dia mendapati di dalam kotak hadiahnya terdapat sehelai kertas peluang untuknya memenangi cabutan bertuah RM70 ribu di Johor Bahru! Sebelum petang memanjat angka 6.00, dia telah mengeluarkan tiga kad kreditnya dan aku berjaya menggodanya untuk membeli barangan elektrik kami dengan jumlah RM19,800. Gosok dan tanda tangan. Wow! Bonus berkilau-kilau sudah kubayangkan bakal kuterima.

Memang benar. Aku gembira amat dengan tugas baru ini. Setiap minggu aku menerima bonus. Aku juga tidak kering poket, malah dalam diam-diam aku mahu menebus kegagalanku dan berusaha untuk memperoleh sekurang-kurangnya diploma dari mana-mana kolej berkembar di sini. Itu azamku untuk mengelakkan aku diseranah oleh papa atas kegagalanku memenuhi impiannya.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, aku masih aktif dengan tugasku yang pada hakikatnya menjual mimpi kosong kepada calon klien yang seterusnya menjadi klien dan akhirnya berasa tertipu. Kata majikanku, aku tidak bersalah kerana aku cuma pekerja. Aku tidak akan disabitkan atas akta apa pun. Aku hanya jurugoda. Syarikat itu sah. Berlesen. Aku memakluminya semasa aku mula-mula berkursus dahulu.

Wah, selamatlah aku! Tapi, benarkah itu bukan cara dia memerangkapku?
Masuk bulan keempat, dadaku menjadi goyah. Pada suatu hari jumaat, aku didatangi oleh dua orang lelaki bersongkok yang menyerahkan sepucuk surat. Salah seorang mengaku hanya sebagai penghantar surat. Dan kebetulan aku yang berada di situ, dengan tangan terketar-ketar kusambutnya.  Aneh. Kutandatangani surat berdaftar AR sepantas mungkin sehingga pen plastikku terpelanting sebelum aku selesai menulis. Kenapa aku harus berdebar dan gentar? Bukankah nama syarikat telah ditukar kira-kira dua minggu lalu? (Ditukar setelah beberapa pegawai dari Bukit Aman menggeledah dan mengarahkan syarikat ditutup).

Sebenarnya, surat-surat saman jarang kuterima melainkan majikanku sahaja yang diwakili oleh sekretarinya yang montok gebu itu. Tertangkapkah aku apabila nama dan nombor kad pengenalanku tertera sebagai penerima surat? Alangkah! Kuhindari kegelisahan itu dengan mabuk-mabukan pada lewat malam itu. Sambil makan kacang goreng. Sambil joget-joget liar dan berbual entah apa-apa buah butirnya tak keruan, aku hanyut sampai ke pagi.

Tempat operasi kami bukanlah setempat. Ibu pejabat di Pulau Pinang. Tapi, pekerjaan itu semakin sulit kurasakan setelah syarikat menerima sepucuk lagi surat yang menyatakan tindakan saman akan diambil kerana tidak ada seorang pun wakil syarikat yang datang pada hari perbicaraan dengan orang yang mempunyai empat orang anak dulu. Lebih mengecutkan perutku apabila pada lampiran akhir surat itu, tertera enam keping gambarku yang dicetak berurutan, menunjukkan peristiwa aku sedang memujuknya dengan pelbagai aksi. Yang penting, wajahku jelas dan nampak benar tanda lahirku - tahi lalat besar hampir di tengah dahi.
“Ni, tahi lalat … tanda senang naik haji, Li,” suara nenekku dari negeri lampau.
“Nenek tu, awal naik haji, tapi tak ada pun tahi lalat kat kepala?”
Nenekku tersengih menampakkan kerapian giginya yang tetap utuh walaupun sudah mencecah 84 tahun kerana tabiat bersugi, katanya.
“Siapa kata tak ada? Fathli tak nampak ni?” luah nenek setelah menyelak serkup kepalanya di sebalik telekung termahal hadiah daripada ayah semasa bertemu sahabatnya di Bandung.
“Emmh, itu kebetulan saja kan nek?” balasku meraikan usikannya.
“Kebetulan duit nenek dah cukup. Semua tu, duit yang nenek kumpul sendiri hasil tanam padi dengan arwah Tuk kamu. Nak ke Mekah, mesti guna duit yang betul-betul halal. Barulah dapat haji yang mabrur.”
“Mab … rur tu apa?”
“Haji yang diterima Allah. Ada orang naik haji … tapi tak nampak Kaabah. Ada juga yang tak cukup rukun sebab jalan penuh dengan manusia. Bas pula tak bergerak, tak sempat bermalam di….”
Hati: Kenapa debaran ini semakin menggila dan terus menggila? Apakah ini balasan dosa atas segala perbuatanku terhadap kejujuran manusia? Atau disebabkan aku sengaja mempersenda keikhlasan dan kepercayaan manusia terhadap keyakinan yang diserahkan kepadaku atas sekian wang yang diserahkan melaluiku dan sekian janji-janji palsu yang kutaburkan ke halaman sengsaranya?

Akibat diminta mewakili syarikat untuk hadir di Mahkamah Klien, aku kabur. Ya, benar-benar aku menjadi pelarian mengikut Mastok dan Kasmun melalui Pulau Indah langsung ke seberang. Aneh jalan hidup ini, fikirku selalu. Tidak guna aku membuka mataku selebar mungkin jikalau mata batinku kabur dan terus buta sebuta-butanya. Tidak guna aku menggerakkan tangan jikalau tangan itu hanya kugunakan untuk mencatat sesuatu yang memperbodoh dan menipu kewarasan manusia seperti aku juga. Dan sesudah kutemukan pelbagai bisikan aneh yang mercup di dalam kehitaman hati, di daerah asing itu aku benar-benar ditenggelamkan ke dalam sumur keinsafan maha dalam.

Di sebuah pesantren, kutemukan kesyahduan yang mendalam dan maha bening. Jikalau ketika kepanasan seharian maka diteguk air telaga jernih alangkah nikmat terasa kedinginan yang memukaukan, apatah lagi aku dibimbing untuk menekuni sejarah asal-usul tulisan khat dan kemudian sedikit demi sedikit belajar menulis jenis-jenis tulisan cantik itu. Tidak pernah kubayangkan aku akan tahu tentang tulisan Safawi, Samudi, Lebiyani dan Saba’. Juga tentang khat Kufi, Thuluth, Naskh, Rayhan, Muhaqqaq, Tauqi, Riqa‘ah dan selepas pemerintahan Monggol tercipta tulisan Ta‘liq (gabungan Riqa‘ah dan Tauqi’) dan Nasta‘liq ciptaan Khwaja ‘Ali Tabrizi.

Aku begitu asyik jadinya. Membelek-belek al-Quran kemudian mencipta gubahan sendiri menurut tulisan kegemaranku - Kufi. Apabila ditanya mengapa aku meminati gaya tulisan ini, kukatakan bahawa inilah tulisan yang dianggap mula-mula berkembang dan diutamakan untuk menulis al-Quran hingga akhir abad ke-5 Hijrah. Tersebarnya tulisan Arab pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, dan di bandar Kufah pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib, tulisan Arab kian diperelok. Biarlah aku mengenang konsep ‘memperelok’ itu sebagaimana aku berusaha memperelok tingkah lakuku.

Pada suatu ketika, aku ditegur oleh guruku kerana terlalu banyak menulis daripada membaca. Katanya, cukuplah dengan usahaku, banyak tempahan diambil untuk menampung sekian jumlah pembiayaan di pesantren sedangkan matlamatnya untukku ialah agar aku mahir membaca al-Quran. Syukur. Akhirnya aku juga serius belajar mengaji.

Tiga tahun kemudian, masya-Allah. Kepulanganku disambut oleh orang yang aku geruni dengan linangan air mata. Semenjak aku “hilang”, ayahku sudah jauh berubah. Dan lebih mengejutkan, dia yang dahulunya terlalu memikirkan tumpukan harta kini mengajakku ke tanah haram.
“Apabila kiamat nanti, Kaabah pun akan hilang. Para malaikat akan mengajak Kaabah masuk ke syurga tapi Kaabah enggan bergerak….”
“Kenapa jadi macam tu, nek?”
“Kaabah minta malaikat membawa orang-orang yang pernah tawaf dibawa sama.”
“Jadi, Kaabah pun hilang dari muka bumi?”
“Setelah malaikat menghimpunkan semua orang, Kaabah masih enggan berganjak….”
“Kenapa?”
“Ada lagi orang yang pernah tawaf mengelilinginya masih berada di neraka. Kaabah tidak peduli, Kaabah mahu mereka mengiringinya masuk ke syurga.”
“Jadi … orang yang pernah tawaf akan diajak oleh kaabah masuk syurga? Untunglah nenek pernah tawaf!”
Tapi … aku….
Hati: Mengapa semakin berasa terhimpit dan pedih?
Layakkah aku mengunjungi rumahMu ya, Tuhanku? Dapatkah aku saksikan keanggunannya atau aku hanya akan menjadi mangsa himpitan jemaah atau juga menjadi mangsa “ulat” yang memegang sejadah untukku mendapat tempat berdoa paling mustajab di sana? Bagaimana agaknya tawafku nanti? Tapi, aku benar-benar mahu datang dengan jiwa dan ragaku, ya Allah. Kakiku sudah mulai melangkah sekarang.
Mata: Mengapa kaubiarkan airmu semakin mengucur deras membasahi ketandusan hatiku yang legap hitam ini?
Inilah aku datang mematuhi Engkau, ya Allah,
Inilah aku datang.

Khasiat rebusan asam gelugur


Yg hijau..belum masak
Yg kuning..dah masak

ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Bila dh di potong dan di keringkan..ini la hasilnya..
Dari Asam Gelugur dah jadi Asam Keping!
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

11.12.10

Apa Punca Anak Derhaka

 Sabda Rasulullah s.a.w...
" Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu  hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas  belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan  hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau  salah pukullah dia (sebagai pengajaran) …

“dimana yang nak dipukul tu?
Tapak  kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang  sensitif... . itu salah...Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan  tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda  penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia  beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak  derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,  latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan  tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada  rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu  dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan  persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di  rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun  seronok.
 "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.  Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,  pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak  tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang  panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka  mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan  mereka derhaka kepada kita....

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
 Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau  menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa  dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau  berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak  tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan  ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah  orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor  mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan  tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa  yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
 Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.. Tetapi apa  caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita  derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah  kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik  ibu  atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke  masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf  berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. 
 Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan  buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba  kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta  pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita  buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya  baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?  "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi  menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu  panjang  untuk bersama kita."

 HUBUNGAN DENGAN BAPA
 Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak  dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu  tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh  utamakan  ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun  sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya  tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada  yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan  nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira  kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua." 

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau  mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang  anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil  berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf  mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
 Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan  emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri  kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga  suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan  ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas  menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar  menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi  Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut  menyampaikan  pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik  simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita  yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan  bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat  dan  menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa  Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,  katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada  yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya  menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak  Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara  winners dan losers  Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri  Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri  mereka tidak boleh.

Tips;
1.     Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang  baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda  malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.      Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan  anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat  daripada anak yang jarang dipeluk) 
3.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang  (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila  berhadapan dengan persekitaran) 
4.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan  (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya  senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu  melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya  kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan  mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah  keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus  berlalu dan tak akan kembali).
7.      Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah  tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan  diri mereka beban.
8.      Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi  pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang  giliran untuk bercakap) 
9.      Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.  Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.  Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg  dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai  orang lain).
12.  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada  sekali.
13.  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan  anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  andasuami isteri.
14.  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu  real dalam dunia mereka.
15.  Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang  sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 
17.  Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini  akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan  belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma  untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun  dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa  sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Renung-renungkan…dan Selamat beramal…