13.2.11

aku masak tak sedap kot!

Salam kome!
Legaaaa....baru dapat landingkan bontot ni kat sofa. Penat sangat hari ni. Sepagi dan sepetang aku sebok menyentall segala jenis bapak daki dari dalam sampai ke luar rumah. Sangat bangga dan berpuas hati dapat melakukannya. Oyeh!

Hari ni tak tahu pasal apa aku rajin terlebih pulak. Aku cabut rumput. Longkang pon aku cedok licin. Mati semua benih-benih haram nyamuk dalam longkang. Padan muka hang nyamuk! Tapi nyamuk ni memang tak sedar diri tau, dah la menumpang kat longkang aku  pastu boleh pulak buat anak kat situ. Melampau kan! Haa dah tu malam-malam time aku tidoq dia mai ketik kaki tangan aku pulak.  Saja la tu cari pasal. HUh! 

Oke lah, aku dok terbayang bantal je ni. Ngantuk weh. Makan pon belom ni sebab tak lapar lagi. Tengahari tadi aku lunch dengan megi kari je. Nak masak tak padan setakat nak suap dua mulut je..nasib laki aku jenis sempoi. Tiap-tiap hari dia berdialog dengan aku camni; 

Suami: 'yang, nak masak ka harini?
Si isteri macam biasa lambat je nak jawab. Dan tak sempat nak jawab pun...
Suami: 'kalau tak larat takyah masak lah yang! esok ja masak nah?'
Si isteri; ' Ha, oke der..'  laju je jawab.
(dalam hati isteri; 'keja apa yang aku buat kat rumah ni sampai tak larat nak masak? aku dok update blog je pon)

Tapi untuk malam ni aku masak. Goreng sayur cincai2 dengan ayam kicap je. Kesian jugak kat laki aku kan. Malam biasanya kami bantai roti gardernia atau bege je! Roti gardenia bungkus besar tu boleh habis sekelip mata je kami ngap! Lagipun laki aku ni pencinta sejati gardenia..dia macam ketagih lak dengan roti tu. Tiap hari laktu tanpa cemuih...dia tak kisah makan apa pun, asal kenyang je! I lap U lah der!
Kesimpulan entry: Ke aku masak tak sedap?? sebab tu kot dia tak bagi aku masak? UWaaaa!!

4 comments:

  1. ini sudah cukup bagus...!!

    mau cari laki camtu jugak laa...

    ReplyDelete
  2. Hahaha..takyah cari sangat nanti lambat kawin.
    ni sebab 'mencari2' sangat la yg lambat kawin.
    hehe..
    sibbek dapat jugak laki yg sempoi!Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. keh keh..best la hubby memahami~

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D