25.2.11

Kembar Siang: Siapa Yang Bercinta Dengan Siapa?

FILEM: Kembar Siang
PENGARAH: Hatta Azad Khan
PELAKON: Intan Ladyana, Kamal Adli, Sabri yunos, Sathiya, Mat Over, Zaibo, Syanie, Lan Pet Pet, Hamid Gruka, Zul Suphian, Rozita Che Wan dan ramai lagi


Sinopsis

Kembar Siang mengisahkan mengenai kehidupan pasangan kembar Awal dan Awi yang mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. Awal abang dan Awi adik. Awal normal tetapi Awi sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas.

Awal dan Awi telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga, mereka mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai Pak Din Duda yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan.

Awal ada kereta tetapi Awi lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. Awi pula jika memandu kereta turut menggunakan gear reverse sahaja.

Ani, teman wanita Awal tidak tahu teman lelakinya mempunyai adik kembar seiras. Awi diperkenalkan kepada Ani (kekasih Awal) oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan Ani. Awal jadi serba salah dan memujuk Ani supaya berkahwin dengan Awi. Ani merajuk dan lama mereka tidak berjumpa.

Suatu hari Awal melihat seorang gadis bertudung yang mirip wajah Ani.Rupanya Ani juga tidak tahu yang dia juga sebenarnya mempunyai kembar seiras yang terpisah ketika mereka masih bayi. Bagaimanakah nanti kesudahannya? Adakah Awal akan kembali pada Ani? Atau dia lebih selesa memilih Ana?

P/s = nak pi tengok malam satgi!

2 comments:

  1. tggu leh donlod je..rasa cam x berbaloi tgk kat wayang! hehehehehe....

    ReplyDelete
  2. semalam tak jadi pi tgk daaa...laki takmo tengok pulak! roi, cmna nk donlod? ajaq leh?

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D