2.2.11

Penah dengar cerita GABAN boring tak?

Ehem..ehem..eheemmmmmmmm! tengah ejas peti suara ni..batuk! sakit tekak! hidung sumbat! badan panas suam-suam kuku macam nak demam..tapi tak! Sungguh tak selesa. Benci bila rambut gugur sakit tekak.

Hari ni kan kome..aku rasa `masa' lembab sangat! Rasa macam dah 2 hari duduk kat ofis tak balik-balik. Kesahnya mola camni..pagi tadi kat kem ada gotong royong perdana. Panglima turun padang! So, semua orang kena turun kecuali yang bertugas pada hari ni dan setiap sel/cawangan sorang kena tinggal kat ofis.

Apa yang penting? kerjasama.

Aku macam biasa la..detail diri sendiri duduk je kat ofis. Malas la nak gotong royong ni sebab pakaian half celoreng complete dengan spike boot. Kalau kena pakai track sut dengan sport shoe ja nak la aku sebab selesa dan senang nak bergerak. Kalau pakai spike boot..nak angkat kaki pun cam berat semacam ja. Dan memang aku tak suka pakai celoreng. Pelik. Askar jenih apa ntah aku ni.

Gigih betol..sampai atas pagar ko!
Sepagi aku duk kat ofis tu sorang-sorang macam tunggul kayu dah. Mati kutu. Boring ya amat! kerja semua aku dah setel awal-awal pagi lagi just bagi bos baca dan sign apa yang patut je. Makin bertambah boring bila nak serve internet je..ya Rabbi, lembab gilak! Mula-mula tu lembab-lembab je tak lama pastu terus takleh nak serve tenet. Aku macam nak guling-guling mogok ja kat komputer tu. Bayangkan aku siap lentok kat meja 2,3 round dah. Ngantuk. Tak tau nak buat apa.

Tengok jam dah kol 12 tengahari. Depa baru abih gotong royong. Panglima bagi depa stand down  petang..takyah masuk keja dah! Yang terlibat dengan meeting kol 2sengah je kena masuk ofis balik. Kompom la officer je yang terlibat dengan miting tu. Wahhh! bestnya buleh stand down awai..kalau ku tahu mood dato' hari ni gred A..rela aku sarungkan jugak celoreng dengan spike boot pagi tadi tau dato'!!

Selingan..gotong royong sesi 2010. hepi!
Riang la depa yang buleh stand down petang. Buleh cabuttt balik kampung awai. Buleh lari dari kesesakan atas jambatan P.Pinang.

Kol 2 lebih bos masuk ofis. Macam besa duduk je terus belek surat khabo dulu. Pagi tadi tak sempat nak baca sebab dia pun kena gotong royong jugak..HEH HEH HEH. Pastu 2sengah bos masuk miting! Aku dah tak sedap hati, sebab paham sangat dengan my bos..dia ni kalau buat miting bukannya reti sat-sat, berejam miting tak abih lagi.

Aku takek akaq yang menjalau tu sambil dok beletiaq...dok takek takmo putuih!

Kol 4sengah aku masih lagi kat ofis. Selagi bos tak balik, aku takleh balik..WAAAAAA!! Tunggu punya tunggu..sharp kol 5! bos tak kuar lagi dari bilik kebal tu.  B.O.R.I.N.G

Komputer aku dah shutdown kol 3 lagi. Buat sakit hati je. Sebelum shutdown ada la 2,3 kali restart komputer tu kot2 tenet oke tapi malang betoi laa. Korang terpikir tak camna aku leh post entri ni??

Haa! yang ni ada kena mengena dengan tajuk kat atas nuu. Punya la boring aku memuncak tahap GABAN sampaikan aku draf entri ni atas A4 je kome weii..[`balik umah kang aku taip balik laa..'.kata hatiku]

Masa aku draf entri ni jam dah 5.45 petang. Aku masih kat ofis!! WAAAAAA!! Aku pun nak balik cuti raya jugak bossss....nak gantung tanglong lagi ni. Semangat raya 1 Malaysia kan! Apa laa bos ni, esok kan cuti 4 hari. miting apa lelama camni..mohong jaa!

B.O.R.I.N.G lagi! ZZzzzzz dulu ah! tunggu sampai bos abih miting kang aku bangun la. Haish. Hidung sumbat takleh nak lentok kepala kat meja. Nak pi merayap-rayap kat ofis kengkawan pon mana ada orang dah time ni..semua dah blahh dah.

Ya ampun!! Dah 6 sengah ni bosssssss..hang takpa la bos, umah belakang ofis ja!! Aku ni haa..nak balik seberang nun. Kompom sangkut berejam atas jambatan satgi. Cina nak raya, melayu yang berduyun-duyun nak balik kampung. Aku balik dulu takleh ka bosss??? tensen betoi..

Selingan..
Hehe...dah namanya pompuan, dalam semak pon buleh posing ayu jugak!

NOTA: Bos abih miting kol 7 lebih. Alhamdulillah, jambatan dan highway tak jem macam yang aku sangka. Tapi aku pelik. Awat tak jem pulak? Huh, Biaq pi laa..aku pun dah selamat sampai rumah kol 8 lebih.

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D