19.2.11

Platun Harimau by Tentera Darat

Haloha!
Hi, prennnnnnnnn.
kembali menceceh selepas menyorokkan diri :D

Hari ni aku nak cerita pasal drama. Drama yang berkisarkan tentang myTentera. Oyeh! Platun Harimau. Korang penah baca tak novel Platun Harimau?? Haa, tak pernah?? Aku pon tak pernah jugak...KehKehKeh. Okelah, meh cekedout pasal cerita Platun Harimau.

Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari sebuah novel perang yang bertajuk Platun Harimau. Dan novel tu pulak adalah hasil karya Leftenan Kolonel Mohd. radzi Abd. Hamid yang juga Ketua Skuad kombat pada masa tu.
Leftenan Kolonel Mohd. radzi Abd. Hamid
 klik celoreng untuk ke blog beliau.

Bertemakan 'Hutang Darah dibayar Darah' itu diangkat daripada kisah benar unit skuad kombat Tentera Darat dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis sepanjang 1987 hingga 1988. Drama ni bertujuan untuk menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara kita.

Sinopsis [ringkas]

Drama Platun harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja [RAMD] sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.



Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong [wilayah Siam] yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.

Pelakonnya pulak adalah Zul Huzaimi, Norman Hakim dan Yatt Hamzah..eceh, 3 orang je. Yang selebihnya anggota tentera sendiri yang berlakon. Wah, glemer sejap korang nanti ye...Lokasi tempat depa ni berlakon sekitar kawasan hutan di Tapah, Perak dan Kem Sungai Udang dan jugak Kem Terendak di Melaka


Kalau korang nak tahu drama ni bakal di tubitkan di RTM 1 sebanyak 13 episod, bermula 1 Mac sempena Hari Ulangtahun Tentera Darat ke-78.

Psst: Sila pakat-pakat tengok ye..

4 comments:

  1. singgah cni n folo kak niza taw... cekk org penang jugak neh...hihih

    ReplyDelete
  2. Hah..anak mami kaaa? haha..
    Tq cek naa...

    ReplyDelete
  3. Saya ada buat entry khas sempena sambutan ulangtahun 78 Tentera Darat. Silalah berkunjung ke http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html

    ReplyDelete
  4. Syed>
    dah baca best! saya bangga jagi TENTERA!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D