12.2.11

derma DARA?? | i tak rela tau

Debush! kena penumbok sebijik sebab tajuk.
KehKehKeh!




Salam. Selamat tengahari kengkawan!
Hari ni SABTU! cuti kan? Dan hari ni Cawangan Kesihatan kem aku anjurkan Program Derma Dara Darah kat Sunshine Square Bayan Baru, Penang sempena Hari Ulang Tahun kem yang ke 42! Sepatutnya semua kena/wajib hadir. 

Tapi sekarang aku kat rumah!!! OMG! Sesungguhnya aku telah ingkar perintah O_O Tapi takpa..aku dah ejas dengan kawan seofis aku, Pozi. Kemarin lagi aku dah selowtoq dengan dia dan suruh dia bekap aku kalau ada sesapa tanya pasal ketidakhadiran aku kat situ. Pozi kata..beres! KehKehKeh..hang memang pembekap aku yang paling sepoting, nanti aku belanja hang milo kotak k! >.<

Program tu bukan di khususkan kepada anggota tentera je tapi terbuka juga kepada orang ramai yang sudi nak dermakan darah diorang. Dan kami di wajibkan hadir sebenarnya untuk menghuruharakan meramaikan serta memeriahkan program tu je pong!

Bestnya bagi kami yang askar ni bila derma darah tu dapat la cuti rehat sehari! Sehari je?? Erm, boleh la kan dari takda kan. Tapi, seumur hidup aku sampai ke hari ni tak pernah sekali pun aku dermakan darah! 

No..No..No..bukan takut jarum tau. Orang kata kalau derma darah ni bagi sesetengah orang yang tak sesuwai darahnya di dermakan boleh menyebabkan badan jadi bengkak-bengkak a.k.a gemok! Betul ke? Mula-mula aku pon tak berapa nak percaya tapi bila terjadi kat salah sorang kawan yang derma darah tu..aku terus tak berani.

Oleh sebab itu, sampai sekarang aku tak berani nak mencubanya sampaikan kata hati dan naluri aku bergadoh2 kat dalam nuuu sebab depa bertelingkah pendapat. Nak jugak aku tanya kat doktot Doktor Riduan tu ..ah malas la, nanti tak pasal-pasal dia senaraikan nama aku pulak!

Kepada para-para doktor yang sedang membaca blog saya sekarang ini *sori, tengah perasan blog bagus*.. sila la bagi penjelasan kepada saya ye! 

Kesimpulan Entri: Saya suka nada ketawa saya hari ini..KehKehKeh..*mereng sekejap*
sentiasa mau ceria!

2 comments:

  1. terkejut baca tajuk mula2nya.... tapi lain citernya.... ni doktor datang cari org tak hadir derma darah ni...

    p/s: saya paling suka derma darah sebab lepas tu boleh rehat sampai tiga hari...

    ReplyDelete
  2. mak aii dpt 3hari?? weeee sonoknyaa!

    Klu saya di beri cuti rehat 3hari ayat saya serta merta bertukar.. "Doc, saya nak derma darah sekarang jugak!"

    ..KehKehKeh..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D