3.3.11

Adoi ! memang azab nii...

Assalamualaikum ! Apa khabar?

Takmo bagi mukadimah panjang-panjang. Aku cuma nak minta maap sebab lama rasanya aku mensenyapkan diri. Ada cerita di sebaliknya. Tapi takmo cerita lagi malam ni. Nanti bila-bila la aku cerita ye. Sedih =.=

Malam ni aku nak share satu maklumat dengan korang semua. Penting untuk diri kita, kehidupan kita, agama kita, bekalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti. Aku jumpa benda ni dalam facebook. Mungkin bagi sesetengah orang anggap benda ni remeh dan ada yang bila ternampak diorang takmo  baca pon. Jadi aku rasa penting sangat untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua. Walaupun aku tahu dan korang semua pon tahu ini adalah wajib bagi kita sebagai Islam tapi kekadang sebagai manusia kita alpa. Betul tak? Niat aku cuma nak ingatkan aku dan juga korang..boleh?
15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 azab di dunia:
  • Dihilangkan keberkatan umurnya
  • Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
  • Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
  • Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
  • Tiada doa daripada para solehin untuknya
  • Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
  • Kematiannya penuh kehinaan
  • Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
  • Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
  • Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
  • Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
  • Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
  • Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
  • Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
  • Baginya azab yang amat pedih

Semoga kita semua cepat tersedar dari kelalaian dan tidak tergolong didalam kalangan orang-orang yang menerima azab ini.
credit: `Aanizam Sofi

2 comments:

Nak komen? Haa..sila! sila! :D