9.3.11

cincai tapi sempoi woooo !!

Assalamualaikum!

ERrrk!! Alhamdulillah..kenyang sudah. Korang dah makan belum? Diet kerr? Urm, toksah la diet sangat-sangat.  

Aku baru je lepas makan. Dah lama tau aku tak masak. Bukan malas ar..tapi malam jarang makan. Kalau makan pon yang simple je macam roti, biskut, megi. Laki aku balik keja lewat malam memang tak nak sumbat apa-apa dah dalam mulut dia. Penat kan nak terus tido je la. Sebab tu aku jarang masak kecuali kalau aku betul-betul teringin nak makan sesuatu atau pun laki aku nak makan. 

Ha! macam petang tadi balik keja..aku tetiba je teringin pulak nak malam lempang Lempeng. Dok teringat  je Lempeng yang dalam Metro tadi. Dah bertahun aku tak makan lempeng. Sungguh aku dah lama tak makan. So aku pun buat la lempeng tu..pestime tau aku buat!! [Huarghhhh, bocoq dah] Ala, senang sangat rupanya! [KahKahKah]

ni la rupa lempeng pestime aku..cun tak?


Nah, aku bagi resepinya sekali..HiHiHi
Bahan: 
250 gram tepung gandum 
150 gram kelapa muda parut 
4 cawan air 
Sedikit minyak masak 
Sedikit garam
Kejap je buat lempeng ni tak sampai 5 minit dah boleh makan dah. Macam megi pulak kan. Siap dengan segeranya. 

Lepas dah kena lempang lempeng tu kan, aku buka peti ais ternampak pulak ikan kering. Kawan ofis aku yang bagi. Nampak macam sedap je kalau goreng ni..mesti ranggup sebab ikan tu kurus kering sangat! [debushh]

Disebabkan tak kenyang makan 2 keping lempeng tadi, 2 keping lagi simpan kat laki aku. Sms tanya, dia kata nak makan. Dah terlioq sangat tengok ikan kering tu, aku pon masak nasi...masak itu, masak ini dan masak inu. Nak tau apa jadi???




Tadaaaaa!!



Ikan kering yang telah menggoda aku!

Tahu tak apa ni?
ikan bilis goreng
feveret aku ni!


Last sekali..yang ni sedap gilak bila makan dengan nasi panas, ikan kering dan ikan bilis.





JengJeng!


Cuba teka??
mari jauh nuu..
Made in Kelate lagi
mu tahu dok nate ghapo ni?
hahaha




ini berudu BUDU oke!
patah-patahkan cabai, hiris bawang merah dan 
perahkan limau nipis sikit, 
Perghhhh
sedap gilak!!




Sekali sekala makan macam ni sedap tau. Aku suka! Korang suka??

3 comments:

  1. wah lempeng tu memang kegemaran saya sejak dahului lagi.....

    ReplyDelete
  2. yakkk bokte... demo makey budu tok ajok kawe :D

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D