29.3.11

dah betul ke cara didik anak tu?


Assalamualaikum!

Sekarang ni aku nak share satu emel yang aku terima. Dah lama sebenarnya dapat emel ni dari sorang member. Isinya sangat bagus dan menarik. Jadi aku nak share la dengan korang, dapat jugak kita manfaatkan dalam kehidupan bersama keluarga kita nanti.
Tip dalam mendidik anak-anak;
1.     Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang  baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda  malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

2.      Berikan anak anda pelukkan setiap hari. Kajian menunjukkan  anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat  daripada anak yang jarang dipeluk.
3.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila  berhadapan dengan persekitaran.

4.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya  senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu  melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya  kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan  mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah  keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus  berlalu dan tak akan kembali.
7.      Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah  tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan  diri mereka beban.
8.      Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi  pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang  giliran untuk bercakap.
9.      Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10.    Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.    Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.  Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg  dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai  orang lain.
12.   Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada  sekali.
13.   Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan  anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  anda suami isteri.
14.    Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu  real dalam dunia mereka.
15.   Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang  sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.    Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17.    Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini  akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.    Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan  belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19.    Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma  untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun  dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa  sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


*gambar semua tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laa~

4 comments:

  1. waaah kakak~~~

    bagus2... ekekeke

    ReplyDelete
  2. PENGATUAHAN AWAL SEBELUM BERKAHWIN..ERR GUA BELUM LAGI

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni.. semoga menjadi panduan kepada semua... nice friend

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D