15.3.11

Doa + Amalan untuk dapat zuriat



"Bila Allah cepat makbulkan doamu....
Maka Dia menyayangimu....

Bila Dia lambat memakbulkan doamu...
Maka Dia sedang mengujimu....

Bila Dia tak makbulkan doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan....
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..."

:di petik dari entry Cik Tom
**************************************************
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa-Doa Untuk Mendapatkan Zuriat



Doa Nabi Ibrahim a.s. 

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii 

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’


Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin 

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi



Surah Al-Anbiya:21:89 

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa 

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa.



Doa sebelum persetubuhan 

Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa. 

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.



Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan Pertama


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua

  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


* Semoga aku dan suami tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan zuriat..AMIN

1 comment:

Nak komen? Haa..sila! sila! :D