6.3.11

I'm ARMY...Your ARMY

Assalamualaikum !
I'm back !!! Heee.. Macam chips more sat ada sat hilang, kan? 
Hrmmm..ada orang kesah kerr?
Takda oke. So, takyah nak perasantan sangat >.<

Oke..
Semua orang tahu tak hari ni 6 Mac ada Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke 78 kat Dataran Merdeka?   Ada yang tau, ada yang tau kan? Iklan promo kat tibi berduyun-duyun keluaq takkan tak tengok kot. Dalam surat kabo pun ada tiap-tiap hari kuor. Teringin sangat nak tengok perbarisan ni tapi jauh sangat nak pi...erm, tunggu skot-skot aku upload video tu dlm facebook je laa.

Oke..
Sebenarnya Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia adalah pada 1 Mac setiap tahun. Di tubuhkan sejak tahun 1933 lagi...dah tua kan Tentera Darat ni. Lagi tua lagi mantap beb! Kalau ada antara korang ni berminat dengan Tentera Darat boleh `ndap' kat portal rasmi Tentera Darat Malaysia. Semua info ada kat situ.

Oke..[pehal aku ni skema oke betol]
Kat bawah ni ada iklan Tentera Darat sempena HUT TD yg ke 78 ni. Meh tengok..





Oke..[lagi?] Heee..
Jom tengok yang ni pulak...



'Saya juga seorang anggota Tentera Darat Malaysia'
Yesss !
Saya sangat bangga menjadi tentera. ;)

wajah-wajah simplysiti...hehe..

Sekian, entry khas sempena HUT TD ke 78. Simpel-simpel sudah oke [?]

4 comments:

  1. Salam Niza.... Selamat Menyambut Hari Tentera Darat...... Wahhh nampak gagah bila tengok niza pakai uniform army.....

    Jom tengok2 gambar2 sempena hari tentera darat..... 'Berjuang hingga titisan darah terakhir'

    ReplyDelete
  2. wahhh~! tentera darat ker! KAGUMMMMMM~! :)

    ReplyDelete
  3. kagum lgi tgok awk, gebu wakakaka

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D