7.3.11

Loya-loya! Apekah????

Assalamualaikum !
(n_n)


Hari ni aku rasa tak sedap badan. Lemau je aku kat ofis tadi. Tapi petang tadi aku kacan jugak pi aerobik. Rasa sayang wooo kalau tak pi aerobik. Gian nih! Sudahnya, sekarang kepala aku berdenyut sakan macam jantung yang berdegup kencang selepas lari sejauh 2.4KM..tahu cane tu? Lu pikir la sendiri...KehKehKeh

Walapun aku time ni dah macam nak pitam dan nak muntah tapi aku masih lagi mampu tahan diri ni sebab nak update blog je. Huh! cewi. Nak menampakkan atau menggambarkan keadaan aku yang dah teruk sangat time ni. tapi dok kacan jugak nak update (0_0)

Aku pon tak pasti..kerap sangat sakit kepala yang teramat. Dok nak pi klinik, tak pi-pi jugak. Kadang-kadang aku biar je kepala ni sakit sendiri..malas nak layan dia tak kuasa dah aku nak telan panadol. Kadang-kadang kepala aku ni kalau telan panadol pon takda kesan nya..bolayan la dia setakat telan panadol KK tu. Sokmo-sokmo dok jadi. Maunya aku pon dah malas nak layan kepala ni. Biar la dia buat hal sendiri, aku buat hal aku!



Oiii..bengap! Tu kepala aku jugak la yang sakit. Aku jugak yang kena tanggung sakit. Hishhhh..menggong sejap!

Tapi..sekarang ni aku rasa mual, loya macam nak muntah tapi belum muntah lagi laaa.. Aku penakut MUNTAH! Sumpah aku pon tak sure..KehKehKeh

Hari ni dari pagi sejak aku rasa tak sihat, aku tak henti-henti mikir apekah?? hah?..apekah??...Tapi aku HAPPY bila aku tak sihat macam hari ni sebab setiap bulan aku sentiasa berharap ada keajaiban untuk aku. Kalau nak tahu apa keajaiban yang aku harapkan tu sila 'ndap' kat sini atau yang ni pon boleh jugak laa.

Oke la korang..aku nak baring jap..eh, tak. nak tido dah. Harap esok ada berita gembira untuk aku..doakan aku ya! 


*gambar google

2 comments:

  1. Kalau dah rasa loya2 tu baik pi jumpa doktor awal2... kot2 ada tanda2 nak dapat org baru he3....

    ReplyDelete
  2. Wanzi : H A M P A!! xda rezeki jugak

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D