26.3.11

mai try Char Ho Fun cara aku..



Selamat petang wey!

Korang dah mangan? mangan aphe je? Akhu pon dah mangan! akhu mangan.....` pang !!  O___O' kadang-kadang mangan ops! makan penampar tu bagus jugak untuk menyedarkan diri sendiri ataupun orang lain =.='  Moral dari penampar yang baru akhu' makan tadi tu sebabnya tak baik tau kita ajuk atau tiru cara orang sengau cakap. Kang betulbetul sengau baru khau tahhu kowt! hakhakhak okeoke insaf dah *_*

Oke. hari ni aku nak share satu resepi dengan korang namanya Char Ho Fun. Penah mangan makan kan? Aku punya feveret ni. Lebih kurang macam mee/bihun/kuew teaw ratna macam tu la sebab duadua bubuh tepung jagung kan. Eh, kejap! Tadi aku buat char ho fun ke ratna ek?? eh konpius sudah!! ah lantak la...asal buleh makan je. 

Sebenarnya hari ni aku teringin nak makan nasi kenduri orang kawen. Tapi sebab takda orang jemput aku ataupun memang takda orang kawen kot hari ni..so, aku masak char ho fun je la tadi. Lagipun aku dah lapar terketaqketaq dah tadi. Ini je la makanan yang paling mudah dan cepat nak suap ke mulut. Okelah, cakap banyak pulak~

Nah layan gambaq dulu..
sori gambo tak clear...hp cokia =.=



bahanbahan: [untuk sorg makan je ni]

bihun/mee/kuewteaw
minyak
1 cawan air
1 sudu tepung jagung [ kalau suka pekat bubuh lebih & campur dengan air]
3 ulas bawang merah [bwg merah/putih ni tumbuk kasar]
2 ulas bawang putih 
1 kiub pati ayam
1 biji telur
2, 3 biji cili padi [belah tengah @ ikut suka nak potong camna]
ayam,daging,udang,sotong 
carrot/bunga kobis/tomato [ikut suka korang nak boh sayur apa]
garam
sebuk lada putih

caracara nya:

1. opkos la panaskan minyak dulu, pastu tumis bawang yang di tumbuk tadi pastu masukkan kiub pati ayam dan kacaukacau dia. Tak kacau kalu, hangit le jawapnya yer.

2. masukkan secawan air. kalau korang suka kuah banjir tambah la airnya. biar mendidih masukkan cili padi dan sayur.

3. pastu bubuh la bihun/mee/kuewteaw tu. Kalau bihun kena rendam dulu bagi lembut sikit. kemudian masukkan tepung jagung yang dah dicampur dengan air. taburkan garam secukupnya. Kacaukacau bagi rata dan agak puas hati baru pecahkan telur. Telur tu ikut suka tekak korang nak camna..nak sebijik ke nak hancurkan ke terpulang la. 

4. Tutup api. tuang dalam pinggan dan tabur la serbuk lada putih/hitam/sulah. Sila la makan. Takleh simpan2 kang dia kembang tak sedap dah.

Sekian, aku pun dah makin mengembang dah. Mata pulak makin menguncup. Selamat tido petang ye >.<







No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D