28.3.11

rahsia pemakanan ilmuan islam - fakta!



Assalamualaikum;


Selamat petangggg! tadi masa aku tengah minum kat dapoq..aku ternampak keratan 'rahsia pemakan ilmuan  islam ni kat peti ais. Dah lama aku tepek keratan ni sebab ada kena mengena dengan 'makan' kan jadi kena la tepek kat situ sebagai peringatan kalukalu terlupa. Sebab aku ni jenis pelupa yang amat! siyes wei..tak main la silasila jangan tertipu ke apa ke..ngeeee.

Sebab ini berkaitan dengan makanan para ilmuan islam kita jadi aku pun terpikir la nak mengeshare dengan korang. Sesuai untuk sapasapa saja tak kira tua ke muda ke...bagus juga untuk anak-anak kita. Meh tengok senarai di bawah;
1. Madu
madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktiraf ia sebagai 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu jugak didapati berkesan utk merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.



2. Kismis
mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.

3. Susu segar
susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.



4. Telur
bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.


5. Halia
ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa [ sesuai untuk aku]


6. Buah delima
mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: " Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari'.




*gambar semua tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laaa~

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D