14.3.11

selamat pengantin baru ..::Fadli & Anis::..

Salam.

Hari ni aku tak keja..demam! Uiks, lepas balik dari kenduri kawen eX BF terus demam. Peliks!! Malah, semalam aku alami beberapa mimpi yang pelik dan aku rasa aneh yang amat sekali. Kerana aku bermimpikan dia! dan kerana juga aku tak pernah...neber! neber! neber!! sekalipun mimpikan dia sebelum ini. Adusss! kenapa ni? Apekah??? oh, sungguh aku konpius.

Dah la..aku malas nak pikir dah tapi aku happy dengan perkahwinan dia. Semoga bahagia ke akhir ya My eX BF selaku sahabat juga! kwang3..bikin belit palotak je kan.

Jom cekidout gambar-gambar yang sempat aku snap.


Haish! tido pulak~ tunggu malam kang la tido faliy wei.
NEXT..


Dari kiri> Aku, pengantin, Hasnah
Laki aku takmo masuk nak dok luar je. Sama la dengan laki 
Hasnah. So, tak dapat la bergambo kenangan. Hasnah ni pon 
classmate ngan kitorang. Sanggup datang dari jauh ye Has 
sebab nak rai pendekar tua kita ni kawen ye..huhu..
Hasnah sempat bisik kat tinga aku....
`Aku ingat hang jadi dengan Faliy dulu'
dan aku hanya mampu sengih...`Heeeeee'


Dari kiri> Azman, pengantin, Latifah [bini Azman]
Azman dengan Tipah ni pon classmate dan jugak geng dalam 
group kitorang. Cuma depa dua je jadi kawen dalam group 
kapel-kapel tu. Masa depa ni kawen aku pi dengan 
Faliy..masa tu kan dok kapel lagi..hikhikhik
kenangan 5 tahun lepas..


Ini merpati dua sejoli. Manes ja bini Faliy ni senyum ye.
Syabass Faliy dapat cari bini yang low profile walaupun title 
bapaknya besOOr!
SELAMAT PENGANTIN BARU =.=


Sedikit kecewa bila tak dapat nak jumpa dengan geng2 yang lain..Munirah, Rosnita dan Nazir tak dapat datang. Rosnita dengan Nazir tu pun kapel jugak tapi diorang pon takda jodoh * Wink

Sapa-sapa yang tak tau lagi kisah benar dan nak tau kisah yang sebenarnya antara aku, dia dan lagu sila klik tang ni oke!

3 comments:

  1. ooo...

    ni ke x bf yg akak citer b4 ni?
    yg die nak kawen tu?

    eheh..

    moga kekal selamanya.. :)

    ReplyDelete
  2. A'ah miss..
    pendekar tua kawen..huhu

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru.... semoga kekal hingga akhir hayat

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D