13.4.11

asyik terSLEEP aje


halluuuu!




today is wednesday kan? wednesday is boringday...and boringday is....tak tahu deh!!! [sewel ke apa] kenapa ntah.. sekarang ni mood nak kerja tak ada laa. pi mana ntah? semak! mana nak cari balik mood nak kerja tu. kat celah bedah mana ko duduk haa?

peliknya, tiap pagi aku bangun awal dengan semangatnya nak pi kerja. dah sampai ofis..mata nih lalatu jugak dia nak tido balik, rasa lemau je =..=! mencik, tak suka ngantuk2 time keja ni T____T

dulu2 tu tak camni pun...mata sentiasa fresh dari pagi sampai ke petang. sekarang ni takyah cakap..sedar2 je kepala dah telangkup kat meja ataupun masa tengah rancak menaip buat kerja boleh pulak mata ni pejam. apahal teruk gitu? kadang2 kalau dah tak tahan sangat, aku panggil si fauzi gantikan tempat aku kejap..bos ada. payah nak tinggal kang dia panggil nak apa2 ke. tak adanya orang menyahut murka lak bos tu.


biasanya port aku nak lepakkan mata ni kat bilik meeting la sebelah dengan bilik bos. dari bilik bos tu ada satu pintu khas untuk dia terus ke bilik miting tu hehe..kata laa..tetiba boss buka pintu tu camna gamaknya rupa aku eh? errr tak dapat nak mikirkan lagi jawapan aku kat bos masa tu.


satu lagi port aku...kat pantry! haha..boleh jugak lentok kat tepi fridge tu. terasa dingin je pipi. Ape ape aje lahhhhh..asal mata aku boleh layan. pelik!


ada kena mengena dengan aku tak ni?












p/s; ada masa nt aku huraikan pasal day napping nih oke.

3 comments:

  1. hahaha...

    klu bos tanya.. jawap laa..

    " saya da lama x jumpa bos..harap2 bole jumpa bos dlm mimpi..."

    ReplyDelete
  2. @miss ... cakap jer tengah cari idea.. habis cerita..... susah2 balik umah terus tido hehehehe

    ReplyDelete
  3. @Miss: haha...menjawab2..kang x pasal2 kena sekeh pala.

    @Wanzi: klu la umah dekat, erm..konpem kejap2 hilang [balik tido] sibbek umah jauh, x bebaloi nk balik tido pun kena byr tol..huhu

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D