1.4.11

"..boleh ke duduk sana?" =.="




Assalamualaikum!


dia mai pulak dah...hehe. tapi yang mai kali ni rasanya berpekdah la jugak isi dia drpd yang tadi ni kan? 

aku tengah tunggu suami balik keja ni dan kejap lagi nak balik kampung. jumpa mak ayah. dekat sebulan dah aku tak balik jengok family kat kampung, dah rasa rindu sangat ni  -_-" sedih sangat bila kakak call petang tadi tanya aku balik ke tak minggu ni? kakak kata, ayah asyik cakap  'niza dah lama tak balik..' sayu je hati ni bila kakak bagitahu aku camtu. sebab tu kakak terus call aku. kebetulan kakak pun baru balik kampung semalam...

tapi sejak akhirakhir ni aku cepat touching. bayangkan tengah masak tibatiba aku nangeh bila ayah terlintas diingatan aku. tengah gosok baju pun aku boleh sebak bila ingat mak. apatah lagi bila menadah tangan berdoa kepadaNya lepas solat kan? 

aku ingat lagi..tahun 2001 lepas habis sekolah dulu. aku datang keja kat KL dengan 2 orang kawan sekolah. kami bertiga keja kat tadika wangsa melawati. hari pertama kat kl aku dah rasa macam nak balik..ingat mak, ingat ayah, ingat adikadik. malam tu mak call. masa tu aku tak pakai henfon lagi. mujur ada telefon TM kat rumah yang kami duduk tu. soalan first mak tanya yang aku ingat sampai sekarang "...boleh ke duduk sana?"  aku rasa macam nak meraung sekuat hati. terus terang aku tak boleh jauh dari mak. aku bukan 'anak mak' tapi aku memang tak boleh jauh dari mak, ayah dan adikadik aku. jiwa aku rasa kosong kalau jauh dari diorang! aku sedaya upaya cover suara bila cakap dengan mak. tapi mak kita dia tahu walaupun kita tak cakap yang betol..pastu mak cakap "...kalau tak boleh duduk sana, balik la". Aku tahu..mak pun tak boleh jauh dengan aku.

kalau nak cerita, banyak sangat kisah aku yang terpaksa berjauhan dengan mak ayah tanpa rela ni tapi kalau panjang sangat nanti korang pon tak larat nak baca kan. jadi aku pendek kan la. perasaan 'takleh dok jauh dari mak ayah' ni berlarutan sampai la aku berkahwin hujung tahun 2009 umo aku 28 masa tu. aku bukan budak lagi masa tu..sebelum umo aku 28 pun aku dah layak jadi mak budak tapi masih takleh buang penyakit tu dari dalam diri aku.

bila dah kawen ni kurang banyak jugak tapi bukan aku lupakan terus cuma kadang sibuk dengan keja. nak balik selalu tu payah sebab cuti pulak tak sama dengan suami. kadang suami izin aku drive balik kampung sorangsorang. mujur la tak jauh sangat sejam lebih je dari rumah aku. sekali sekala takpa la balik sorang tapi kalau selalu aku pun taknak nanti orang cakap apa pulak asyik balik sorang je kan? mulut orang~ tapi Alhamdulillah, mak ayah faham keadaan aku dan suami.

bersyukur sangat aku masih ada emak dan ayah kat dunia ni. Selagi ada hayat diorang aku akan terus berbakti, membalas jasa, berdoa dan pelihara emak dan ayah aku hingga akhir hayat..INSYAALLAH.

mari lah kita sama-sama berdoa untuk mak ayah kita;


Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu, Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. 

kredit to doa




3 comments:

  1. saya pernah sebak sekali ja,,
    sbb tggalkan parents saya..
    tyme tu saya masuk asrama,,
    tyme tu mmg rasa nak balik rumah ja,,
    tapi sekarang x lgi

    saya lagi suka dok jauh dari keluarga,,
    sbb itu mengajar saya berdikari,,
    mengajar saya erti dunia,,
    yang baik mahupun yang kurang baik

    ReplyDelete
  2. yup..

    kadang kadang bnyk sgt yg kita terabai dalam hidup nih.

    jom la berdoa utk mak ayah, adik beradik, sedara mara kawan jiran dan org lain. moga berjah tu sentiasa bersama kita semua.

    =)

    ReplyDelete
  3. wah kakak...

    brutal..tapi manja..kekeke...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D