17.4.11

pelam, pauh, mangga...mengandung??



tahu kan buah pelam atau mempelam. err..pauh tu apa? mangga tu apa pulak? buah tu sama je keturunan dia cuma berlainan bentuk dan rasa je kan...masam atau manis.  hmmm..tak kisahlah korang panggil apapun. tapi buah pelam ni ada nama2 dia dan banyak jenis pelam pulak tu.

kat umah mak ayah aku ada pokok pelam...nama dia pelam teloq! kenal tak pelam teloq? err..korang penah dengar ke tak nama pelam teloq ni.. nama saintifik dia aku tak tahu. tapi nama tu la yang mak ayah aku perkenalkan masa kecik2 dulu. sampai sekarang aku panggil pelam teloq. malah orang kampung aku pun panggil nama yang sama. tempat korang aku tak tahu laa panggil apa?

sekarang ni aku bukan nak perkenalkan jenis2 buah pelam kat korang tapi yang aku tak paham ni..awat aku suka sangat makan pelam muda/tak masak? boleh kata setiap hari tau... tak payah kira laa makan banyak ke sikit tapi mesti kena cuit jugak 2,3 hiris masuk mulut. aku bukan MENGANDUNG pun nak ketagihkan pelam yang memang senonim dengan ibu2 mengandung tu. entah..tak tahu.

Awas!! ini bukan pelam teloq.
aku taktau nama dia jadi aku panggil pelam bujoq!  =.="
lagi tak paham bila aku siap tapau bawak pi opis..adehhh!! bila petang je aku bawak keluar la pelam tu dari tempat persembunyian rahsia dan letak atas meja. buat keja sambil cicah pelam dengan garam! sat ja abih la pelam aku..satgi mai sorang celek, mai 2 orang celek, mai 4, 5 orang celek abih la pelam tu. esok aku tapau lagi dari rumah. yang heran tu laki aku dok pi angkut kat mana taktau pelam tu. takdan nak luak pelam kat rumah dia bawak tambah lagi. macam mana la tak tumpoi otak aku ni. eh, betoi kan! orang kata makan asam ni boleh tumpulkan fikiran. dah tabiat....

ada junior aku cakap..masa tu aku bujang lagi dok serumah dengan dia. dia cakap kat aku.."eh, kak! jangan makan asam banyak la nanti urat perut putus!! tak elok tau untuk perut....". Aku cuma balas..."hang ni biaq betoi?? " pastu aku gelak bedaah kat dia. lupa aku nak suruh dia huraikan kat aku sebab aku rasa betoi kot dia cakap sebab dia kor medical. entah!! tak tahu.


antara kesan2 pengambilan pelam yang berlebihan:

cepat merajuk dengan laki  T_T'

..muka hilang manis!! @..@"




p/s: eh, ter'panjang laa pulak entri ni..ihh3...nak camera..nak camera..nak camera!!!

8 comments:

  1. wah,,
    sekarang pon hari2 dedin makan pelam,,
    x dan abes lgi,
    ada owg bagi lgi,,
    so bertimbun2 lah juga,,
    sampai kena bawa balik rumah..

    ReplyDelete
  2. haha..tak bek merajuk, ti cepat tua...=p

    ReplyDelete
  3. hehe suke makan pelam gak. dah nak exam ni byk lak keinginan untuk makan pelam huhu

    ReplyDelete
  4. ishh..awat tgk gambaq pelam tu rs kembang pipi,pdhal dulu cukup suka masam2 ni.tp kalo dijerukkan,bg manis2 sikit bole la layan...

    ReplyDelete
  5. tengok gmbr pun da terasa2 masam die...


    hahahaha...sedap!!

    ReplyDelete
  6. Rasa Kembang Pipi tengok Pelam Tu..lapor Plak

    ReplyDelete
  7. kiut la tu muka merajuk? hahhaa...

    ReplyDelete
  8. yong suka pelam tu..suka sangat!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D