24.5.11

aku vs jiran....pecuttttt!




Assalamualaikum!

Pagi tadi sampai awal kat ofis..lebih kurang pukul 7.15. Hari ni aku drive gila sikit...saja taknak bagi jiran sebelah rumah aku sampai dulu kat tempat kerja dia...haha. Memang semuanya kebetulan, jiran aku tu kerja kat Penang jugak, jalan nak ke tempat kerja dia dengan tempat kerja aku sama satu jalan jugak..cuma jumpa tempat kerja dia dulu, depan sikit baru tempat kerja aku. 

Dia bawak kereta laju gila. Oke dia nih lelaki..biasa la kalau lelaki bawak kereta laju kan! tapi dia suka cilok2 tau..ingat naik motor ke nak cilok? Tapi memang betul cara dia drive tu macam dah tak reti nak sabar. Dia memang tak boleh nak follow je kereta depan tu dengan tenang. Dah lama aku perhatikan dia nih! tapi bukan aku perhatikan dia ni macam secret admire tuu....haipp!! laki orang beb! aku ni pulak bini orang okeh! mau kena rejam nih...huiiii jangan cari pasai!! saya cinta suami saya arrrr! sebab dah dia jiran satu hal..ke tempat kerja pun sama kan..dah tu time keluar nak pegi kerja pun sama 0630 pagi camtu la lebih kurang dia...tapi aku kadang ikut time bos ada dengan bos tak dak! kalau bos ada aku pegi awal la 6sengah dah keluar tapi kalau bos takdak out station aku pun out of sedar la masa tido tu mesti terlajak sikit dan sampai ofis pun lewat la...haha.

oke sambung cerita tadi...aku pulak macam nak tunjuk terer bawak kereta laju konon padahal kecut nak mampos dah dia tak tau!! Lepas masuk highway tu biasanya dia dengan kawan dia..haa, lupa pulak..dia pegi dengan kawan dia tumpang kereta dia. Orang kata lelaki ni kalau sorang dia tak berapa sangat tapi kalau ada kawan2 sikap nak menonjol tu baru akan keluar kan? betul dak taktau oit! orang kampung? okeh sambung balik tang masuk highway tu dia akan singgah kat Shell lepas tol pertama setiap hari....takkan isi minyak setiap hari kot! entah lantak la! tapi aku suka kalau dia singgah kat Shell tu tau sebab haa!! tu la time aku nak pecutttttttt tinggalkan dia dengan kawan dia jauh nuuuuuu kat belakang..hahaha..gila babas ah cerita nih! 

Aku pulak kena kat highway buleh la pecuttt. Masuk kat Seberang Jaya macam pacat la jugak nak bergerak...kereta banyakkk dah kat situ! Lagi2 dekat susur masuk antara ke Jambatan Penang dengan ke Ipoh tu! bersimpang siur jugak la semua kereta berduyun-duyun nak cepat. Jadi, masa dia berhenti kat Shell tu la aku kena pecut laju bagi memastikan dia tak dapat kejar atau potong aku dah masa kat Seberang Jaya tu..kah3.

Bila dah kat atas jambatan  tu aku dah tak kisah dah..aku tahu dia jauh nuu kat belakang. Ntah2 sangkut kat tol nak masuk jambatan situ pun satu hal bersusun jugak kereta. Tapi kadang-kadang tengah drive sambil syok sendiri konon aku la akan sampai dulu...tetiba je brooommmmm! laju wot bergoyang kereta aku...tengok2 kereta dia dah kat depan aku! hrmmm...sudah2 la nak berlawan dengan dia tu! memang takkan menang munya! dia jantan buleh la..aku pompuan kena ingat jugak.

Bukan tak boleh aku nak drive macam dia [konon] tapi sebab pikir aku ni pompuan je...kalau sekali aku brooommm! orang mesti kata...Masyaallah, tak padan dengan pompuan..bawak kereta tak senonoh!! Malu muka aku nih walaupun orang tak kenal. Kadang2 ada kereta yang jenis gila main hon..suka hon orang tak tentu pasal, bila aku kena hon..rasa malu gila dah! Padahal orang bukan nampak muka sangat pon kan. Nasib baik la sifat-sifat ke malu an tu ada lagi dalam diri aku...phuuii!

Lagi satu sebab pompuan tu ye lah...ofkos! aku ada laki...saya sayang suami saya. Jadi apa-apa kat aku kalu? kan menyusahkan dia tu? Lepas tu kesian pulak kat Mak Ayah yang saya kasihi...dah la setahun 5 bulan dah kawen tak bagi-bagi lagi CUCU kat depa!...arr sedih dak? kan! Mujur la ada kakak aku yang dok pulun tambah cucu bagi kat mak ayah...tak pa la mak ayah noo..ada jugak cucu, kira sekali la tu noh! +___+



baru congak2 kat atas...mak aii panjang la pulok entri!
haha..babai.

4 comments:

  1. bebel punya bebel... awat jadi lagu tu tak tau.. hahaha... biaq la kat dia nak sampai awai ka dak.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. eh ! kawan aku(mamat) dah komen dulu.. nampak aku kalah lumba ngan dia nih..

    sekarang ni ramai pempuan bawak kete laju-laju.. kagum la.. aku bawak kete ngan penuh kelembutan dan kesopanan.. tetap dgn kelajuan 25km/j hihihi..

    ReplyDelete
  3. hahahaha... ganaih noh cik kak ni..

    xmo bawak laju2..

    bahaya..

    eh..jgn putus asa..teruskn usaha utk bagi cucu..

    yey~!!

    ReplyDelete
  4. @Encik MamaT: jadi lagu mana pun aku tak tau! hehe...takleh la aku geram asyik dia ja sampai dulu! mana aci~

    @a.samad jaafar: ko bawa keta ke ko kayuh beskal nih samad? huhu

    @missSenget: tak ganaih tera mana pun sil...huu
    kalau buleh nak bagi kembaq3 terus kat depa..jeng3!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D