12.7.11

renungan fikrah: kelebihan bulan rejab, sya'ban dan ramadhan



1.     Allah Subhanahu Wataala telah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambanya dengan menjadikan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lainnya.

2.     Pada bulan ini terbukanya pintu langit dan pintu syurga iaitu dimana Allah Subhanahu Wataala mudah menerima taubat dan keampunan dari hambanya. Bulan diterima segala permohonan dan doa. Bulan untuk hambanya memperbanyakkan amal ibadah dan berbakti kepadaNya.

3.     Kemuliaan bulan Rejab kerana adanya malam Israk dan Mikraj, bulan Sya'ban dengan malam Nisfu Sya'ban dan bulan Ramadhan dengan malam Lailatulqadar.

4.      Diantara amalan yang digalakkan ialah:

  • Membaca istighfar 100x waktu pagi dan petang.
  • Membaca selawat seratus kali sehari.
  • Memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, sunat Tasbih dan sunat Witir.
  • Memperbanyakkan bersedekah kepada fakir dan miskin.
  • Berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya'ban.

5.    Sesungguhnya beruntunglah siapa yang mengetahui dan beramal pada bulan-bulan tersebut dan rugilah sesiapa yang tiada mengetahui dan tiada beramal padaNya. Janganlah kita pulang mengadap Allah nanti dengan tangan kosong dan miskin amal.

6.     Maksud hadis Nabi SAW:

  • "Siapa bersedekah satu dinar pada bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar".
  • "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti beribadat seumur hidup"
  • "Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan".
  • "Barang siapa berpuasa tiga hari di bulan Sya'ban dan berselawat keatasku sebelum berbuka puasa       diampunkan Allah dosanya yang telah lalu".
  


p/s: buat peringatan dan keinsafan sesama muslim.

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D