7.9.11

Aku beli ikan siakap 10 henggit je....saiz besarrr punya!



Haa! percaya tak? 




Sila lah percaya sebab aku tak tipu. Dan ikan tu memang saiz besar punya pun aku tak tipu. Kat pasaran mau puluh ringgit jugak. Ikan siakap merah tu aku beli kat kawan. Dia suka mancing...banyak dapat jadi dia jual la. Aku beli 2 ekor siakap merah dengan harga rm20. Harga cincai kawan2. Siakap hitam dengan Jenahak pun ada. Tengahari tadi dia bagi aku...sementara tunggu petang nak balik rumah aku simpan dulu dalam peti ais kat pantry ofis. 

Sampai rumah tadi aku terus kerjakan siakap tu untuk menu berbuka.... masak sweet sour je. Masa terhad sebab jam dah 6 sengah jadi masak pun dengan bahan2 yang sedia ada jela...tapi lazat jugak rasanya T__T





Haa...ni dia siakap yang dah siap di sweet sourkan...

Pinggan bulat yang besar pun takleh muat...jadi aku guna bekas ni je



Canne? Nak resepi tak? Huh, taknak pun takpa tapi nak tulis jugak kat sini....=.="





BAHAN2:

sekor ikan siakap - bersihkan, gaul dengan garam serta serbuk kunyit
1 biji bawang putih dan bawang merah
sedikit halia
sos cili dan sos tomato (agak2 je bubuh)
sebiji carot potong panjang
sebiji tomato potong dadu
sebiji bawang besar potong dadu
2 helai daun limau purut
1 batang serai di titik
air secukupnya
garam/gula
minyak

CARA2 :

- Goreng ikan siakap sehingga garing. Ketepikan hidang
  dalam pinggan
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang
  merah dan halia
- Masukkan air, serai, daun limau purut dan carot
- Tunggu hingga mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato
- Boleh tambah air kalau taknak kuah terlalu pekat
- Masukkan bawang besar dan tomato
- Perasakan dengan sedikit gula dan garam
- akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.



Siap dah siakap sweet sour cara aku! Cuba la...






1 comment:

  1. pndai kak ni masak ghupenye..

    kekekeke..

    sedap...! nak mai umah bole ke??

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D