17.9.11

classss ko jah!!



Malam 16 sep tu aku laki bini pi merendek kat Padang Kota, penang. Memang dah tau kalau time cuti camtu mesti ramai orang dan banyak aktiviti muda mudi kat situ. Dan aku pun menggediks ajak laki aku  pi sana. 

Memola tu niat aku nak ajak dia makan kat Chicken Rice Shop...lama dah tak makan jadinya bila teringat mulalah rasa macam nak meleleh a-liur nih..........eh!



Lupa! baru lepas masak megi. nak makan dulu kang kembang penuh mangkuk. Jemputs!






terliur le tewww!


Malam tu laki aku balik rumah dah lewat pahtu bincang pi bincang mai....dah pukul 9setengah. Aku cakap kat laki aku "cancel" makan Ciken rise. 

Sebabnya dah lewat...aku nak bersiap lambat. Elok2 ja sampai Seberang Jaya ciken rise pun dah nak tutup...buang masa! "kita pi Padang Kota je Yang, nak?" aku la tanya dia.




Japs eh...nak boh iklan!






lepas 2 minit je telan.

no komen dah! O.O"


"Ok jom! macam nak makan pasemboq laa...." laki aku yg jawab tu. Pukul 10setengah  kami keluar pi Penang. Sampai sana pukul 11 kot...pusing2 cari parking. Penuh. Last parking kat belakang sana jauh jalan kena jalan kaki. 


Perut dah lapar terus pi kat tempat makan2 kat padang kota lama tu. Nama tempat makan tu aku tak tahu sebab tak penah ambik tahu...nama je sejarah aku 'lapang tahung' dok penang. Apapong tak ambik tau! HEHE. Tak ramai sangat orang makan kat situ mungkin sebab mahal kot. Orang lebih suka duduk2 lepak2 kat padang, tepi2 jalan dan tepi2 laut je dari lepak dalam food court tu. Buang duit.


Kisah Benar.

Aku laki bini sebab nak pasemboq kena makan jugak la kat situ. Laki aku pi order...sekali sampai pasemboq tu...Nah! selambak dalam pinggan bujur yang besar tu RM25#. Sorry gambar takda sebab memang tak rasa nak snap...*slap aku plisss*

Tiba2 mata aku ni nampak je LAKSA!! Uiiiiii...yang tu kalau dah nampak wajib order tu. Laki aku jugak bangun pi order. Balik mai kat meja dia kata..."Badin order laksa special kat syg". Baguihh! dia sentiasa tau apa aku mau.


Kisah Benar.

Tak lama..sampai laksa aku. Bolat2 bijik mata aku tengok laksa special tu. Bapak punya besar la mangkuk dia boh laksa tu. Nak bagi boroi perut aku gamaknya tu~! RM4# oke. Ce bayangkan je...sebab gambo memang takdakkk! heeeeeee...*slap lagi pliss* 





Oke dah kenyang makan penampar. Tak larat pulak nak berjalan dengan perut boyot penuh laksa. "Yang, dokong pliss??" melampau tau aku. "Berat la macam dugong...badin tahan beca nak?" lagi melampau ayat tu. pedihhhh.

Pahtu kami lepak dekat dengan orang memancing. Laki aku suka tengok orang mancing. Mana? dah setengah jam dok situ sekor ikang pong dak lekat kat matakail. Bosan dah tengok.

Malam tu aku tengok konsert live jugak ...budak2 main gitar nyanyi ramai2 macam2 lagu depa hentam nyanyi..tak sedap pun suara sumbang macam mambang tapi orang sekeliling tetap terhibur. Fun.

Ramai yang main basikal...rempit dengan basikal, melompat pun dengan basikal. Seronok ah tengok. Yang konvoi naik moto dengan bawak bendera Malaysia sambil bunyikan hon lori tanpa henti...bising tapi menarik perhatian orang. 

Macam2 hal. Kosong jap palotak bila dok tempat camtu. Lepak situ sampai 3 pagi. Hrmm....takda anak kan.   Boleh la bercinta sampai pagi. 

Kat padang ramai kanak2...mak bapak diorang lepas anak2 main kat padang...boleh bermain/berlari puas2. Seronok tengok pasangan yang ada anak kecik. Bila lagi aku nak rasa kehidupan yang macam tu pulak? Sedihhh.

InsyaAllah.....kadang2 Dia tak bagi apa yang kita mahukan tapi......Dia bagi apa yang kita perlukan!! MasyaAllah....bersangka baiklah dengan Allah swt....kerana dia lebih Mengetahui!!






>gambar masa malam kejadian<
nak tunjuk lengan tu..maklum la dah kurus sikit ni kan!
*ngeeeee



Oke la tak larat dah nak cerita..banyak sangat. Tahun depan je sambung boleh tidak? *pang!!






Oh ya! tajuk tu saja nak bagi nampak ada classs je...HAHA

4 comments:

  1. classss kau jahhh! ehehehe. sempoiii abeh makan maggi je ;)

    ReplyDelete
  2. waa byk mkan hehe ..untung u hubby penyayang..

    ReplyDelete
  3. amboi!laju tol meggi habes!haha.ni msti x kunyah ni.. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. best..best meggie..;e♥/ salam kenal....;d

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D