7.9.11

Dah dapat apa yang aku nak...tak kecoh2 dah lepas ni! hiks~




Baru je bangun tido tapi ni dah mengantuk balik. Macam tu la tiap hari bila masuk ofis. Tak bermaya.

Haritu janji nak update pasal ketupat.  Petang kemarin masa nak balik keja baru dapat ketupat tu...panas2 lagi. Aku keluar ofis jam 5, ketupat punya pasal sanggup tunggu Anna yang masa tu dalam perjalanan dari rumah mak dia kat Tasek Gelugor ke Penang. Mujur la tunggu tak lama.. dekat 5 sengah Anna sampai kat kuarters. Ikut Anna naik rumah dia jap...ambik ketupat, bayar duit, cakap terima kasih....terus balik. HUHU...tergesa2 nak balik..risaukan jalan takut jem!


Sampai rumah 6 sengah...kelam kabut nak masak untuk berbuka. Tapi dah ada ketupat so masak nasi dengan ayam masak kicap je. Berbuka dengan ketupat je dulu. Jam 7 suami aku sms....request sambal bilis kering pulak! Tapi ikan bilis tak cukup...ada ckit je. So, aku masak sambal dia je dulu. Tunggu dia bawak balik ikan bilis dari kedai malam kang...


Lepas berbuka...rasa penat sangat, tak bermaya, mengantuk...rehat jap depan tv. Ingat nak update blog tapi dah tak mampu jari2 ni nak ketuk keyboard...lepas Isya’ terus lelap. Sedar2 dah jam 5.15 pagi tadi, bangun sahur – with koko krunch je! Pehtu goreng ikan bilis gaul dengan sambal yang dah sejuk. Simpan dalam tupperware untuk lauk tengahari suami aku. Semalam dah tak larat sangat nak buat.


Oke la, nak buat keja..HEHE...curi masa jap! Oh ya, to Anna.. terima kasih banyakkkk la. Dapat jugak makan ketupat. Sedap! Ada kacang. Suami aku memang suka ketupat kacang.....semalam dia balun 5 bijik. Rendang tu sedap tapi minyak banyak sangat. Dia muntah2 lepas setengah jam makan...loya sebab minyak. Aku dah pesan jangan makan rendang tu..sebab dia takleh makan makanan yang berminyak sangat. Tapi degil...last2 muntah. Bukan salah ketupat, bukan salah rendang. Tapi salah dia...dah tahu tekak tu takleh terima makanan yang berminyak lebih. Nak jugak makan...banyak pulak tu. HEHE...daaa!



Ni diaaaa ketupat...malam nanti boleh makan lagi.
Makan sampai puas!




4 comments:

  1. "Ikut Anna naik rumah dia jap...ambik ketupat, bayar duit, cakap terima kasih....terus balik. HUHU...tergesa2 nak balik..risaukan jalan takut jem!".. ~Ye ke takut jem? Sebenarnya tak sabar nak makan ketupat kan? Heheh.

    Tak penah makan ketupat kacang. Canner kaedahnya?

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak..


    alaa..ngidam laa mcm ni...

    ReplyDelete
  3. Lydi: mmg betul nk balik cepat...rumah jauh. Ketupat kacang ek? saya pun xtahu nk buat..hehe


    missSenget: Mai la beraya kat umah..bole la makan ketupat.

    ReplyDelete
  4. haha..kak same la gn ayah sy..dy kalau berminyak sangat n hanyir..apepown x boley..hehe..
    btw kak..sedap uh ktupat:)

    p/s:sy pown ade nasib yang same..sobss..

    http://sayaygpemalu.blogspot.com/2011/09/contest-cik-sara-aka-ct.html

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D