21.9.11

Depa mai rumah!




Sedang bersantai di atas sofa sambil menikmati eskrim vanilla. Nyaman dan enak sekali bila dah masuk dalam mulut. Waaaah...dingin je tekak!


Tadaaaa...5 sengah dah ada rumah. Mari kita bermain teka teki pukul berapa kah aku cilok keluar opis tadi? HAKHAKHAK...tak payah teka buang masa je.


Nak cerita pasal semalam. Kan aku ada bagitau ada kawan nak datang rumah. Sebenarnya dia datang saja2 je nak jalan2 bawak baby dia yang baru lahir...katanya aku tak tengok lagi baby dia tu. Bagus kan kawan aku! Bukan aku yang pi ziarah baby dia kat rumah tau. Dia dan baby datang ziarah aku kat rumahhhh!! HEHE


Dah 3 kali dia datang rumah aku. Aku sekalipung tak jejak kaki kat rumah dia lagi. Kat mana rumah dia pong aku tak tahu. Apadaaaa...teruks wa cakap lu jahhhh!


Tapi mujur la dia dengan suami tak kisah pun pasal aku. Sebab depa paham..ada sebab2nya. Sebab apa tu tak payah la ikhwan hebah2 (hot.fm) kat sini ye.


Jadi, nak raikan depa mai rumah aku bersempena pulak dengan bulan syawal....aku sediakan la sikit2 makanan untuk depa mamam. Ita kawan aku tu awal2 dah tepon..."k.niza takyah buat apa2 tau, ita nak bawak Aqil tunjuk kat k.niza je. takyah susah2 balik keja kelam kabut nak siapkan apa2 pulak..."


Takkan la aku nak betul bendol takyah buat apa2 kot kan! Cepuk kang. Dah susah nak bertandang ke rumah orang sampai orang dah 2, 3 kali datang rumah kita...kena la buat makan2 sikit.


Jadi...ini je la juadah yang serba sederhana yang sempat aku sediakan....





Sate daging/ayam
Nasi impit
Kuah kacang
Jagung rebus


Dunia sekarang ni kan mudah belaka semuanya dihujung jari kome saja...tunjuk-tunjuks je!  Siap boleh makan segera...HEHE staiiii jugak tu.


Tapi jagung tu aku rebus sendiri tau. Banyak aku tanam jagung kat belakang rumah. Petiks je. Heee.. rajin la sangat kan nak tanam jagung. Aku beli kat Sg Petani ahad lepas RM7# dapat la 10 bijik. Murah ke mahal..nilai sendiri.




Sebelum depa sampai aku belasah dulu..ketatkan perut siap2 =..=!
Tengokkkkkk...... teruks ko jahhh!!





Geram aku dengan dak Aqil ni...mata bolat, muka bolat, kepala bolat. Shomel shangat kan?? Rambut dia perang halusss je. putih melepaks. Mata dia tu tengok sendiri la kaler apa..nampakkan?





Aku cuba bagi Aqil minum susu. Tapi...cedaih ya amats la dak Aqil nih! Baru 4bulan takdok diam langsung. Lenguh pegang dia...semangat badan 7kg mama dia kata.






Ita, suami dan anak2...anak dia yang no 2 tak datang. Ita tu skot aku, suami dia Asrul aku kenal  rapat jugak sebab kami sama2 belajar kat Pusat Pendidikan Wilayah Sg Petani tahun 2006 dulu. Kebetulan..dua2 kawan aku.


Daaa....nak siap pi makan kfc pulaks!

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D