13.9.11

hari senin punya kesah




Aku ni kalau bab2 nak mengemas, menyusun benda2 kat ofis ni memang kena tunggu 'mood ghajin' tu mai dulu baru keja jalan sampai abih licin habuk pun aku tak tinggai laa....tudiaaa!! berjelaaa..

Dah lama aku dok peram surat2 yang nak masuk dalam fail tu...lama dah aku dok perati...lama jugak la aku dok teragak2 nak buat. Kalau tengok tarikh kat surat tu dari bulan Mei ada kot....la ni dah September. Kira2 nak masuk 5 bulan dah la aku tak masuk fail...HEHE

Memang ni keja yang cukup2 malas aku nak buat tapi nak buat guano? Anak buah aku kira junior aku la pi kursus tapi minggu depan dah habis..yeay! keja dia jadinya...mau tak mau hang kena buat la. Takkan nak tunggu dia balik kot baru nak suruh dia buat sorang2. Takleh aku bukan kaki raging. Kalau dia ada pun aku siap tolong dia lagi. Kerjasama tu kan penting.. mengeratkan lagi hubungan sesama pompuan ni. Kalau keja pun nak berkira susah la nak bertahan lama dalam satu pejabat tu. betoi dak? 

Jadinya kemarin aku buat la jugak...kesian pulak balik2 tengok surat bertimbun. Mau pengsan budak tu. Lagipun bos takdak kemarin dgn hari ni...out station! Memudahkan lagi la keja aku. Kalau bos ada memang tak boleh buat punya...kejap2 dia panggil, kejap2 telepon bunyi...japgi suruh photostat tu, sat2gi nak jumpa orang tu orang ni...canne tu? 

Mula2 tu sarapan dulu makan soto...nak bagi mood rajin tu mai kena isi perut dulu. Pukul 9 setengah aku pun angkut la semua surat tu pi letak dalam bilik meeting. Meja kat bilik miting kan besar, panjang..senang sikit aku nak susun surat2 tu ikut nombor fail. Aku kunci pintu bilik tu takut orang kacau. Diam2 aku buat keja sorang2...bersepah. Main campak je surat2 yang aku rasa takda kepentingan langsung tu....buat menyemak fail je.

Jenis aku kalau nak buat keja macam tu, nak mengemas ke kena fokus betul2...takleh campur2 buat keja, takleh ada orang kacau, takleh ada orang mai dok sebelah pastu dok ajak bersembang, bergosip...hrmmm memang tak siap la. Nak sambung esok belum tentu lagi dah....lepas esok, esok....lepas esok, esok! Tu yang jadi sampai berbulan2 tu..HEHE

Sedar2 dah waktu lunch tapi kan sekarang aku tengah diet...nasi sekarang aku buat2 tak nampak je. Tapi balik rumah aku tibai jugak!! gila hang tak makan nasi. Takleh hidup rasa tau! Dekat pukul 3 baru siap..tu kira semua siap masuk fail. Lepas tu kemas2 sikit kat meja tempat aku...rak2 fail, buku2 rapi je aku susun. Sekejap je tu. Boleh kat Fauzi berterabur balik!! Tang mana dia ambik bukan dia reti nak simpan balik tangtu. Letak ikut dan dia je. Aku jugak la ambik letak tempat dia balik. Aku memang pantang jenis ambik takmau letak tempat asal balik. Tapi fauzi dah tau perangai aku..suka beletiaq! tapi dia buat jugak..suka kot aku dok hingaq tepi telinga dia...HUHU

Dah siap semua tu aku rasa bangga pulak...mau taknya sebelum ni sakit je mata tengok..bila dah kemas camtu keja pun tak stress sangat Kann? Memang rekod terbaik la kot kemarin sebab langsung takda masa nak buka facebook, blog (O..o)" 






Psttt: Kemarin aku cabut awal...4.45pm dah keluar. Kan boss takda. Tadi, aku keluar awal sikit 4.40pm. Sampai kat balai pengawal bertembung pulak dengan boss!! Dia baru sampai dari Ipoh...HUHU...Kantoi sudeh!!

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D