24.9.11

jamuan raya kat tempat kerja





Semalam ada jamuan hari raya kat tempat keja aku. Tapi tak buat dekat bangunan opis, buat dekat perkarangan kuaters keluarga.


Jadinya lepas waktu kerja kemarin aku tak terus balik rumah sebab majlis mula pukul 8 malam. Sepatutnya kena bawak family tapi aku ada laki je. Tapi laki pun aku tak bawak. Aku bawak diri aku je seketul! eh? Seketul tu kalau di bayangkan macam besar @ gemok je kan? silap silap....sekeping je!! nak jugakkkkkk....HEHE


Tapi laki aku memang taknak datang, dia suruh aku je pegi lagipun kalau aku nak balik ambik laki aku tak balik modal kot. 


Yela dari tempat keja aku Penang nak kena balik rumah kat Kulim, Kedah (bagi yang taktau). Pahtu siap2 pakai baju raya aku laki bini kena pi balik tempat keja aku dari rumah Kulim - Penang. Abih majlis raya pukul 10 dah nak kena patah balik rumah Penang - Kulim. 


Memang tak berbaloi jahhh!! sehari tu je nak kena bayar tol jambatan 2 kali???? *pengsan


Jadi, merempat la kejap aku kat rumah member dekat kuarters tu untuk mandi, solat, tukar baju. Memang dari semalam aku dah bagitau kat laki aku, dia pun malas nak ikut. Dan aku memang tak larat nak ulang alik pimai pimai. Penat takyah cakap baqhang!!


Takda la meriah sangat...biasa je sebab buat majlis pun nak tak nak je. hoi!



Kehkehkeh....


Tapi meriah dengan makanan....gerai pertama aku serbu mesti la LAKSA kan! Feberet turun temurun keluarga aku tu mana boleh aku khianati. Bak kata kawan aku "...niza ni MARAH betoi dia dengan laksa!!".


Maksud MARAH dia kat situ bukan la marah tapi lebih kepada SANGAT SUKA.  Haa! lebih kurang macam tu lak maksud dia. Aku pun mula2 pening jugak nak paham kata2 dia tu. HEHE


Ramai orang beratur aku orang yang ke2 dapat cedok laksa tu...nampak tak kepulunan aku tu? ^.^! Menu malam tu memang best ada lemang dan rendang ada ABC ada rojak ada char kuew teaw ada sate ada banyak lagi....macam2.


Lepas ketat je perut aku belum pun sempat pukul 10....bos besarrrr punye pun tak abih makan lagi aku dah siap2 salam dengan member2 aku. Biasa la kalau dah salam2 tu kira nak blahh dah tu.


Kalau ikutkan nak tunggu je sampai abih majlis tapi memikirkan aku nak balik sorang2....malam2....jauh pulak tu. Takut jugak. Aku balik lebih kurang pukul 9.30.


Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang pukul 10.15 camtu. Perut dah kenyang apalagi.....terus Zzzzzzz.



Gambar?


Tak dak!! memang takda....sebab? tak sempat kot kalut nak makannn je.







Eh! kome.. entri ni sebenarnya sambungan dari entri ni!!

Awat???
Saja! Aku saja je!! HEHE

2 comments:

  1. LAKSA sedap! tapi tak suka laksam yg buh santan tu..hehe

    ReplyDelete
  2. wowww. open house kak jahh lak bile? jangan lupe jempot :D *tak malu

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D