17.9.11

memerap dan terperap




Dah seharian terperap je dalam rumah. Tak tengok langsung matahari hari ni. Percaya tak? Percaya je la sebab aku memang macam tu bila hari cuti dan takda plan nak kemana-mana. Bila dah duduk je dalam rumah jadi malas pulak nak keluar. 

Ada jugak orang macam ni...pelik ke tidak?

Pernah aku cuti seminggu lebih tapi tak pegi mana-mana pun saja cuti suka-suka sebab cemuih keja...HEHE. Sampaikan jiran aku penah tanya...

"pi kursus ka? lama tak nampak?" kata pakcik jiran tu.

Aku pun jawab...'' dak aeh, cuti ja. ada kat rumah ja takpi mana punnnn!"

"Laa..yaka? ingat pi kursus. Tengok kereta ada tak bergerak2..." Sambung pakcik tu lagi.


Sepanjang minggu tu aku dok kat rumah je. Tapi ada jugak la keluar sidai baju, sapu-sapu sampah dekat porch, pegi kedai depan taman tu je. Mungkin masa aku keluar kejap-kejap tu depa tak nampak kot.

Depa pun mungkin rasa pelik agaknya kan!


Sekarang ni pun aku kat rumah sorang2...suami aku pi surau tolong ayah kawan dia masak untuk kenduri kawen esok. Tak tahu pukul berapa nanti dia balik. 



Boring.



Nak tido tak ngantuk lagi. Dah sekerat hari aku membuta siang tadi.




oke la dah abih dah nightline...nak layan jiwang dengan Spiderman japs!  














No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D