2.9.11

Nak dengki jap




Nak ucap dulu...Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin. 

Hari ni raya ke 4 aku dah keja. Cuti lelama pun tak bagus jugak...perabih duit je nak bagi kat budak2. Huhu..dengki! Padahal dah cuti sakan sebelum raya lagi. Lagi satu yang tak bagusnya cuti panjang masa musim raya ni...boleh jadi berat badan bertambah dan bertambah tambah berat. Kan? Sebab...asyik makan ja. Takmo makan pun kena makan jugak sebab bila bertandang ke rumah orang dan orang tu dah penat2 hidangkan makanan tu kat kita...takkan sampai hati punya nak tolak. Betul?

Lagipun, dah sebulan kita tahan nafsu makan. Sekali mai satu hari di hari raya tu....di hidangkan pulak dengan makanan2 yang memang tak boleh tolak macam bihun sup, laksa, soto, mee sup, mee tomyam...hoho memang aku tak tolak makanan2 itu sebab memang kegemaran aku semua yang bersupsup tu. Itu aku la..korang mana sama kot dengan selera aku. Lemang, ketupat, rendang, nasi impit dengan kuah kacang tu menu last yang akan aku ambik selepas laksa, bihun sup semua tu... makin berlipat la lemak kat perut. Mentedarah tak ingat dunia.

So, untuk mengurangkan aktiviti makan tu berterusan baik pegi kerja je...lepaks kat pejabat. Dan untuk mengurangkan lagi tumbesaran badan kita yang makin berisi tu baik posa 6 ke posa ganti ke kan...bagi kempis sikit. 

Contohnya macam...tak payah ambik contoh jauh2 ambik yang dekat je...contohnya aku la. Dah pagi ni nak sarong uniform tak muat pulak...muat tu muat la tapi derrrr...terbonjol gak ahhh! Lemak di lengan, perut, dada....Mak aiiiiiiii!! hudoh gila wei. Malu aku nak pi keja hari ni. Mujur  la ramai lagi yang bercuti. Tak ramai sangat orang. Sampai kan kasut keja aku pun tak muat...boleh pulak kan kasut tak muat?? pelik kan? aku pun pelik jugak ni. 

Dah la..banyak sangat yang pelik2 terjadi kat aku ni. Bebel panjang2 lagi kang lagi banyak benda yang pelik2 keluar..haha. 

eh eh jap...nak pantun la sikit.




Kad Selamat Hari Raya Dalam Kole Petak,
Nak Mintak Duit Raya Boleh Bagi Tak??
Hehehe...





Lempang ko nak tak?
Alamak!! 
takmo la...takmo laa
heeeee..



No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D