4.9.11

pasal raya lagi





Tak sangka, ada jugak orang nak datang beraya kat rumah aku. Tapi setakat ni yang aku pasti, diorang datang sebab rumah aku dekat dengan highway BKE je. Kebetulan diorang pulak dari kampung masing2 nak balik ke Penang jadi singgah la rumah aku kejap boleh la minum air oren sejag dua sambil2 hilangkan kepenatan berjalan jauh..ada yang balik dari Terengganu, Kelantan dan paling jauh Baling kot! HUHU

Petang semalam Fauzi dengan anak bini dia singgah minum milo sejuk. Penat katanya... alah baru drive dari Baling je pun! Tapi aku suka diorang datang. Lagipun raya kan..kalau diorang tak datang sapa lagi nak perabihkan kuih2, biskut, kerepek aku tu. Kan?

Lepas maghrib...mama dengan abah pulak sampai. Kebetulan jugak sebab diorang nak ziarah kawan lama yang meninggal sebab kena ragut. Takut. Kat taman aku ni pun ada kes ragut. Kat mana2 pun dah tak selamat dah sekarang ni..duduk depan rumah pun kena berhati2. Sebab tu aku tak pernah biarkan pintu rumah terbuka..sentiasa tutup. Tingkap pun buka sikit je.

Tahun lepas aku ada buat rumah terbuka..kalau tak silap raya ke 6. Ramai orang datang. Family aku dari kampung pun datang 3, 4 buah kereta...Kawan2 dari Penang dan Sg Petani pun ada datang. Aku sendiri pun tak sedar berapa ramai yang aku jemput. Tu pun pakai SMS je. Mujur la aku masak banyak...sampai ke malam pun tak habis lagi laksa dengan nasi ayam merah tu. Tapi tahun ni aku tak cadang nak buat sebab nak ubahsuai rumah dulu. Ada kawan2 SMS tanya buat rumah terbuka ke tak? InsyaAllah, tahun depan aku buat lagi rumah terbuka.





Ralat: dah 2 tahun beraya sebagai suami isteri..kami lupa nak bergambar dengan baju sedondon masa raya. Haih! rugi sangat... kamera rosak sebab tu lupa kot!


takda gambar pakai baju raya, baju pengantin pun boleh kan?


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Haa..sila! sila! :D