5.9.11

tiba-tiba rasa nak makan ketupat la pulak!!!



Aku tengah keja ni tapi macam tak keja sebab memang takda keja pun nak buat. Orang ramai lagi masih bercuti... Rabu baru orang mula masuk keja. Dah memang takda keja jadi aku berFB dan berBlog je la dari awal pagi sampai la la nih.

Tadi tengah-tengah chat dengan kawan lama kat fb tiba-tiba dia tanya....ketupat ada lagi? Aku pun spontan ja jawab..."manada dah ketupat waktu-waktu gini, kalau ada pun...aku buang. Basi!!" Asalnya nak melawak la...


sedapnya kalau dapat makan time berbuka nih.
Gambar google

Lama lepas habis sembang dengan dia...tiba-tiba aku rasa 'terliur' sangat bila teringatkan ketupat! Seingat aku masa raya hari tu aku makan 3 biji je kot ketupat tu. Mana puas setakat telan 3 bijik tu. Sekurang2nya 15bijik kot kena makan...baru la tak terliur lagi dah, silap- silap boleh tahan sampai raya tahun depan. Nak nak pulak aku puasa hari ni...lagi la terasa macam dah nak meleleh air liur ni....HEHE loqlaq!

Terus aku SMS suami aku...


Aku:  " Yang, lapaq ketupat la!"

Suami aku pulak balas:
" Badin pun lapaq gak. Tu la Yang...mama bagi ketupat dulu pi tinggai kat umah mak!"


Amboiiih...4 butir je aku sms dia , 16 butir dia balas aku. Dia lagi 'terliuq ketupat' kot dari aku..HAHA

Masa raya kedua nak balik rumah mak aku tu, mama dia ada bagi ketupat yang belum rebus suruh aku balik rebus kat rumah je nanti. Punya la baik hati kan mak mertua aku...siap tapau yang mentah lagi. Pastu, dah sampai kat rumah mak, aku simpan la ketupat tu dalam peti ais mak dulu...takkan nak tinggal dalam keta kot. Rosak la nanti ketupat tu sebab malam raya ke 4 tu baru nak balik Kulim. Masa nak balik tu memang aku tak ingat langsung ketupat dalam peti ais tu...jadi balik saja laa!! Sampai kat rumah baru teringat tertinggal ketupat...nakbuatapadah?? biaq je laaa...


Kemudian aku SMS lagi suami aku:
"Yang, sabtu ni syg nak balik kg...nak ajak mak buat ketupat"


Lima minit berlalu...tak balas pun. Terus kepala aku ligat pikir cara nak dapatkan ketupat...HUHU. Terus teringat kawan aku Anna...dia tengah cuti kat kampung lagi ni. Kampung dia kat Tasek Gelugor je...tak jauh pun dari rumah aku. Santekkkk!! Dulu mak Anna pernah bagi ketupat kat aku...mak dia rajin, dok saja2 pun buat ketupat/rendang. Tak payah tunggu raya nak makan ketupat.

Aku call Anna...sampaikan hajat mengezutt aku tadi. Seperti yang dah aku jangkakan...


Anna: "kebetulan, mak i memang nak buat ketupat pun esok....semalam mak i dah buat tapi habis sebab tapau kat abang/kakak i yang  dah nak balik Melaka. I pun takdan nak makan semalam....U nak ketupat je ke? rendang nak tak? Kalau nak i nak buat rendang daging hitam!!"


Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang je kan?? Rejeki namanya tu... Jangan di tolak weh...nanti menyesal lagi kang.

Tapi...aku order 20 bijik je. Dah siap siap bahagi...10 untuk aku, 10 untuk suami aku. Kalau tak buat camtu kang...berebut! Kami laki bini memang suka makan berebut...pantang tengok apa dia makan, aku nak jugak. Apa aku makan diaaaa naknak jugak. Tapi, itu la resepi kasih sayang kami....mesra bertempat kot. Hehe



Dari cerita aku pasal ketupat ni..ada moral dia sebenarnya. Cuba cari...apadia? Haih, lambat la nak cari2 lagi kan...moral dia, kena la belajar buat ketupat lepas ni. Umo dah 30 ketupat pun tak pandai nak buat sendiri. Takkan nak tunggu umo 40 kot wajib pandai buat/anyam ketupat? Rugi sangat tak belajar dengan mak..tahu makan je tau. Oke2..minggu depan aku balik kampung, ajak mak buat ketupat daun palas...boleh belajar sekali. Pastikan raya tahun depan..aku boleh makan ketupat buatan sendiri!! 




Oke la..kita tunggu pulak kemunculan ketupat tu esok...ye! suka tau...Thanks to my bFF Anna Ismail.




1 comment:

  1. Ketupat rendang, sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi... oi!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D