12.10.11

Bajet terer la tu makcik hoi!









Hot betoi malam ni....kipas atas bawah aku pasang tapi panas membuak2 jugak. Apahalll?

Oh, mungkin pasal adegan panas petang tadi kot! Hurm...nasib baik rupa macam makcik2 je. Kalau rupa macam ala2 pondan dah lama aku sembur.

Kesahnya...petang tadi lepas abih kerja macam biasa la aku singgah la komplek sukan....aerobik! Aku sampai awal....terus pi surau tukar baju dan baring2 dulu sementara nak tunggu kelas mula pukul 6. Tak sedar kepenatan...aku sampai terlelap. Malas nak bangun...macam nak tido terus je rasa.

Masuk dewan tengok ramai dah orang...tapi si cikgu nak ajar aerobik tu tak nampak pun muka dia. Yang aku nampak ada sorang makcik ni dok terhegeh2 pasang cd...ntah menda alah tu aku tak reti nak sebut. Aku tanya dia..."mana Melah kak?" Melah tu nama palsu si cikgu dan kak yang aku sebut tu adalah makcik itu. Depan dia macam tak gamak nak panggil mokcik! sebab lincah lagi kot kan...huk3. Tapi si makcik tu tak jawab...dia sengih je kat aku.

Aku pun pegi la bisik2 kat kakak2 yang lain....aku cakap kat depa..."nampak gaya macam Melah takda ni, makcik tu kot conduct kita petang ni"

Dan sememangnya ya! Muzik dah rancak gila kat telinga aku, kaki aku pun tergedik2 ikut rentak bit tapi si makcik kat depan tu satu step pun tak masuk lagi...mulut terkumat kamit dok kira bit gamaknya. Dok pikir nak mula step tang mana kot.

Akhirnya...bergerak la jugak si makcik tu dengan step tunggang langgang dengan muzik pi kemana hala dah! Yang aku peliknya...kalau dah hang makcik tak reti tak tahu tak boleh nak conduct takyah la tunjuk pandai buleh dak??

Kakak sebelah kanan aku tak habis2 dok gelak dekat si makcik ni. Aku pulak berdiri betul2 depan si makcik ni...jadi simpan je la gelak tu sampai senak perut aku! kang aku pulun bedahah depan2 dia kecik hati pulak.

Yang kakak sebelah kiri aku pulak dok bunyi2 "Hish, step apa benda nih? nak balik lahhh". Tapi dia pun bunyi di mulut je balik tak jugak...sebab si makcik ni pun kawan2 antara kakak2 ni la...kang kecik hati kawan.

Oke..lepas puas aku dok tengok jam je bila nak abih..bila nak abih nihh akhirnya sampai la part last sekali. Aku memang dah tak semangat nak buat...ikut pun ala2 je...longlai macam tak makan. 

Kemudian, si makcik tiba2 meluru ke arah aku...berdiri sebelah aku. Pastu dia kata kat aku..."girl, bukan buat macam tu lah....macam ni!" sambil tunjuk kat aku cara dia buat. Aku pun cakap la...eh! saya tahu lah kak. Si makcik cakap lagi...."macam tak makan je buat!!"

Merahnya muka aku malu kat adik pompuan umo 11 tahun yang ikut mak dia pi aerobik jugak. Malu sebab si makcik ni datang kat aku..pegang kaki aku dan betulkan cara aku berdiri!!

Halo halo....makcik wehhhh! makcik ingat saya tak pandai tak tahu ke nak buat pegerakan itu? Hey makcik...makcik tak tahu sapa saya tapi saya tahu makcik takda tauliah mahupun sijil sekeping pun takdak nak ajar orang aerobik ni tahu?? Cara makcik pun saya dah tahu...sebab saya dah berkali2 pi kursus jurulatih senamrobik!! Nuuuu dari Penang sampai Melaka saya pi kursus tahu tak makcik! Boleh makcik pi pegang2 kaki saya pulak...saya bukan tak tahu tapi saya tak bersemangat langsung nak beraerobik bersama makcik! Cumanya makcik...saya tak berniat pun nak jadi jurulatih sebab saya takda masa tapi saya sangat suka pi kursus2 senamrobik untuk meningkatkan prestasi saya sendiri. Saya ikut kelas si cikgu Melah tu sebab aerobik adalah kesukaan saya dan di sokong ketat oleh suami saya.

Makcik pikir itu kelas mengajar ke sampai nak kena betul2 kan kaki orang? Itu lah saya cakap makcik takda tauliah. Makcik ni bikin hot je. Dah tu si makcik ni aku tak tahu nak cakap apa....nak kata kitorang tadi tengah aerobic ke tengah dancing!! Kalau korang tengok konpem korang kata tengah belajar menari!! haha...dah tu tunjuk pandai pulak! Mencik mencik mencik si makcik.

Tapi bukan aku je yang hangin....yang lain pun siap buat group lagi mengata kat belakang. Geram aku dengan si cikgu nih...lenkali kalau ada hal, tak boleh datang takyah la buat kelas...batalkan je la. Takda hal punya...esok2 pun boleh lagi... dah la bebayar!! Mahu aku dengan kakak2 tu tak hanginn.



4 comments:

  1. hahahahhahahaa...

    lucu...

    sabar kak..sabar..

    da abes dengan selamat pun kannn.. :p

    ReplyDelete
  2. abes dengan hati yang bengkak shila...:P

    ReplyDelete
  3. makcik tu suh pasang kuda2 kot macam pendekar mustar buat.hahaha :D

    ReplyDelete
  4. cubit punggung dia ramai2..
    waakakak

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D