1.11.11

berasap!!



Ingat lagi tak 2,3 minggu lepas aku ada post pasal makcik yang tunjuk terer? Aloh, cepat nya lupa... nah dihidangkan semula Bajet terer la tu makcik hoi! untuk mudah paham.

Macam biasa petang tadi aku singgah kompleks sukan..hajat nak aerobik nak bakar lemak2 daging kambing raya depabali baru ni. Hujan lebat. Aku sms dulu cikgu melah..nak konpem dengan dia jadi ke tak aerobik? sebab hujan kan takut yang lain tak datang. Buang masa jelah aku tunggu nanti.

Melah balas...'jadiiiiii!' Amboih...memang jadi la kalau dah panjang camtu. Sampai sana aku terus pi surau tukar baju, solat asar. Jumpa Melah kat surau...dia tanya aku apa kejadiannya yang kecoh sangat masa 'si makcik' tu ganti dia. Aku pun bagitau lah. Melah pun kata...dia dapat komplen dari yang lain jugak. Oke, habis cerita pasal 'makcik' kat situ. Tapi makcik tu tak datang tadi...selalu dia tak penah tak datang. Pelik aku!

Masuk dewan aku tengok Melah ni dok godek2 Dvd dengan speaker pastu dengar sound dia pecah2. Banyak kali dia try buat tak boleh jgk. Pastu melah tanya aku...masa makcik ambik kelas haritu oke tak sound dia. Aku cakap oke tapi puas jugak la dia nak pasang benda alah ni... Pastu melah cakap, sound ni dah rosak la kak! Haritu makcik silap pasang..dia cucuk kat tempat yang salah. Patut la aku tengok lama sangat makcik2 tu dok godek2 benda tu....

Last2 melah kata...cancel aerobik, sound tu rosak! Hampehh!! Aku pun angkat beg la nak balik...pastu melah panggil aku...Kak! tengok ni keluaq asap!! Tudiaaa...memang hangit toq!! Cebik2 mulut melah sambil dok beletiaq kat makcik tu.....keh keh keh! Makcik Ooo makcik.....:)


6 comments:

  1. adeh2..

    siap berasap tuhh..

    hebak laa mkcik tu..!!

    tabik toink..toink..

    ReplyDelete
  2. Senget: agak2 knp dia xdtg tadi? hihi

    ReplyDelete
  3. erobik....byk lagu dgdut tak...ihik...smpi berasap kalah dj mkcik oi..

    ReplyDelete
  4. manada lagu dangdut...kita tak suka gelek2, takmo3...:P

    ReplyDelete
  5. tundia haih..sampai berasap sound speaker..keh3 :)

    ReplyDelete
  6. apa benda la yang makcik tu buat sampai speaker berasap..
    eskekek..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D