4.10.11

Cerita Ibu untuk Along 'di sana'




Assalamualaikum!

Dah 4 hari ibu masuk wad kat hospital pantai. Tiap hari nurse bagi suntikan apa ntah. Lepas suntik je ibu rasa sakit sangat perut, memulas kot macam nak beranak sangat2 tapi tak jugak. 4 hari ibu kat situ 4 kali dah kot ibu kena suntik. Susah jugakkan nak beranak. Padahal ibu dah beranak 3 kali dan termasuk adik kamu yang baru nak lahir ni kira 4 kali lah.



Tapi tinggal 3 je anak ibu sebab  Along dah kena 'simpan'. Allah lebih sayangkan along....Muhammad Aiman (12 tahun). Ibu terkilan sebab langsung tak sempat nak menyusukan Along buat kali pertamanya menjadi seorang Ibu, apatah lagi nak membelai dan menjaga Along. Along 'di ambil' terlalu awal dari ibu. Tapi takpa...ibu redhakan semuanya dan tak sedih lagi sebab Along yang akan bantu ibu 'di sana' nanti. Insyaallah. Ibu sepatutnya gembira dan sememangnya ibu sangat gembira sebab ibu dah ada anak yang menunggu ibu di sana :) 



Namun ibu bersyukur ibu masih ada adik2 along....Muhammad Haziq, 10 tahun dan Nur Intan Batrisya, 6 tahun.




Intan Batrisya dan Muhammad Haziq (masa kecik)

Intan Batrisya (sekarang)



Semalam, lebih kurang pukul 9 kot ibu di bawa masuk ke labour room....sakit yang ibu tanggung hanya Allah saja yang tahu. Lepas berjuang habis-habisan dengan kesakitan yang terlampau dengan peluh yang bersimbah...mungkin! dan umpama berada di medan perang ibu bertarung hingga ke garisan penamat. Maka lahir lah seorang lagi adik perempuan Along......







Comel tak? iras Intan masa lahir dulu





Ibu belum berikan namanya. Lahir pada 03 Okt 2011 pukul 10 malam dengan berat 3.1 kg. Lepas setengah jam bersalin ibu di masukkan semula ke dewan pembedahan sebab uri tak keluar....tertinggal di dalam. Alhamdulillah, ibu dah selamat dan adik kamu pun takda masalah.



Itu je cerita dari Ibu untuk Along. harapan ibu agar along tersenyum gembira di sana. Ibu, Abah, adik2 kamu Haziq dan Intan dan juga adik baru kamu sentiasa menyayangi dan mengingati along di sana. AL-FATIHAH.



*********************TAMAT***********************





Oke, sebenarnya cerita kat atas tu adalah kisah kakak aku....Fiza Romli. Satu2nya kakak yang aku ada. Aku amat sayangkan kakak aku dan hubungan kami sangat2 rapat. Anak dia yang sulung meninggal beberapa jam selepas di lahirkan...sebab yang aku tahu arwah lemas je masa tu. Saja aku buat entry ni untuk arwah dan juga sempena kelahiran anak sedara aku yang ke 4. eh, nak kira cenna nih...3 ke? Hrmmm...takpalah.. Tahniah kak!


Nanti aku nak bagi kakak aku baca...agak2 dia terharu tak???

4 comments:

  1. wah sedihnya... tak pe tak pe anak itu yang akan menemani kita di syurga kelak...

    tetiba takut nak bersalin. sakitnya,,,, senggugut pun tak terdaya..

    ReplyDelete
  2. comellah..^_^
    tiga2 pon comel...^-^"

    ReplyDelete
  3. ya Rabbanaaaa...comelnya la budak tuh!

    ReplyDelete
  4. sedihnye... ingtkn ceritasndri. rpenye crite kakak. papepun, terbaekkk!!!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D