26.10.11

DAPAT ZURIAT MELALUI PIL MAHARANI & PREMIUM BEAUTIFUL



Ini sebenarnya emel yang aku baru terima tadi. Ada sapa2 yang terima emel macam ni tak? Dari sapa pun aku tak tau dan tak kenal. Dia main masuk je dalam inbox.

Kawan-kawan..
Mungkin ada diantara anda semua mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat or maybe anda sering mengalami masalah keguguran setiap kali anda mengandung. 
Apa yang boleh saya sarankan ialah untuk mencuba memakai premium beautiful corset dan diamalkan bersama HERBA MAHARANI. Ianya boleh meningkatkan tahap kesuburan di samping rahim anda menjadi lebih kuat. Ini la antara rawatan yang TERMURAH  di pasaran.  Memang berkesan. 
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor kenapa anda tidak dapat zuriat. Anda haruslah mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Sekiranya anda @ suami tidak ada masalah ketidaksuburan, saya sarankan anda utk mencuba set ini utk menambahkan peluang untuk mengandung. 
Pil Herba Maharani 
Ianya juga membantu menambahkan darah dan tenaga batin badan. Ia berkesan untuk mengawalatur peredaran haid yang tidak tetap & menangani masalah-masalah wanita seperti kesakitan haid, keputihan, mengecutkan otot rahim selepas bersalin, mengawalatur rembesan hormon dan sebagainya. 
Keberkesanan produk ini dapat dirasai selepas makan untuk 2-3 bulan. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain) ia juga menguatkan otot rahim. 
Bagaimana Premium Beautiful berfungsi 
Menstabilkan kedudukan rahim, rahim jadi naik ke posisi yang sebenarnya, dan akan bersedia untuk proses hamil, melancarkan darah keseluruh badan secara tidak langsung membantu menyuburkan. Kegemukan juga akan menyebabkan ketidakhamilan, jadi Premium Beautiful sangat membantu untuk menurunkan berat badan. 
Maklumat Lanjut Sila hubungi Zue di zuhaini@skm.gov.my (0192407641)


Boleh lah pada sapa2 yang belum ada zuriat macam aku ni nak try. Berusaha tu biar lah pelbagai cara...tak salah selagi kita tak melanggar hukum agama. Cumanya mampu dengan tak mampu je. Kalau setakat Pil Maharani ni boleh lagi beli tapi kalau Premium Beautiful tu sanggup ke nak beli memahal camtu? RM 2,400 hingga RM 2,600 camtu rasanya harga dia skrg. Tapi betul ke tajuk kat atas tu? Tajuk tu dari emel yang aku dapat. Kalau betul kenapa smpi sekarang aku belum ada zuriat? Hrmm...Semuanya atas kehendak ALLAH jua....

Oke nak cerita sikit pasal pengalaman aku dengan Premium Beautiful. Sebenarnya aku dah pakai PB ni sejak tahun 2005 lagi...first keluaran kalau tak silap. Aku beli dengan cara potong gaji tiap2 bulan. Nak bayar seketoi tu memang tak la... Corset tu pun sampai skrg masih ada dgn aku.  Sampai lenjan aku pakai...Cuma long girdle je takda, kakak aku pinjam lepas bersalin dulu tak pulang2 lagi. 

long bra tu sampai hacusss kena lenjan! tengok tali dia..hehe
Tapi lepas kawen tahun 2009 aku dah tak pakai sebab....dah tak muat, badan dah semakin mengembang. Yelah masa tempah PB ni dulu badan aku cekeding lagi....kan dia ambil ukuran badan kita dulu baru corset tu dibuat kan. 

Sekarang ni memang tak kose dah nak pakai bila pi kerja....sebab? dah ketat sangat aku macam sesak nafas bila pakai dan susah gila nak buang air. Tapi aku masih pakai waist nipper dia bila pi aerobik.

Tapi tahap keberkesanan dia tu memang memuaskan la sekiranya kita jaga corset tu dan pakai ikut cara yang betul. Pernah sepanjang masa seminggu aku kursus JL senamrobik dulu aku pakai corset ni (long bra dgn waist nipper) berat aku turun 3kg. Puas hati betul masa tu.



Dadaaaa!


1 comment:

  1. wah best nya nak kurus jugak... nak target turun sampai 44 kg. tapi mahal sangat lah korset premium tu..

    harga sebenar tak mahal sangat cuma nak kene bgi komisen kat dealer dia je. ni malas beli kat MLm ni.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D