28.10.11

hujan lebat....lu pikir guna otak lu!




Masa balik kerja tadi, hujan lebat betul. Sampai tak nampak jalan. Wiper paling laju pun dah tak mampu nak tolak air kat cermin. Rasa macam nak berhenti tepi highway dan meraung je dalam kereta...itu kelemahan aku. Tak suka memandu dalam hujan lebat sebab tak nampak, tak jelas, menganggu pandangan...maksud sama je kan! dan lagi...takut!


Memang mencabar sungguh. Slow gila 60 je aku bawak. Takpe asal lambat, biar selamat. eh, terbalik pulak ayat. Takpe malas nak backspace! nak cepat nak masak pulak....kang laki balik kena katok kepala dengan kayu sebab tak sediakan makan malam. 


eh, bukan bukan bukan! laki aku bukan camtu! sebab aku yang lapar..tengahari tadi tak makan. Aku dengar berita kat radio tadi...laki pukul bini sebab tak siapkan makan tengahari lepas balik dari cari kerja, pukul depan anak2 pulak tu. Esok konpem kuar metro! huhu...


Loh, dah kelaut ke topik aku nih? oke2 balik semula...


Yang aku tak paham dengan sesetengah sikap pemandu2 yang lain ni....hujan dah lebat gila. Pastu tak reti nak buka lampu. Ingat semua orang mata kontek lens ke? kalau kena yang rabun tak nampak pi tonyoh bontot keta dia baru tahu kot.


Lagi satu, dalam hujan lebat sampai tak nampak jalan pun nak lagi bawak laju2...aku baru je nak tukar ke lorong kanan tengok2 cermin pandang belakang, kereta lain dah jolok2 bontot aku dengan lampu tinggi 2, 3 kali! bontot kereta aku laa...


Takde rasa nak sabar langsung. Dan tak pentingkan keselamatan dijalan raya!! Nak2 masa hujan kan. Kalau tak kisah pasal diri sendiri, pikirkanlah pasal pengguna jalan raya yang lain. Patutlah banyak sangat kes kemalangan kat negara kita ni. Haih, penat la nak beletiaq camni....lu pikir lah sendiri toq!


Entry ini dibawakan khas sempena kempen Pandu Cermat di musim hujan oleh JKJR blog Niza Romli. buleh ka lagu tu?? hihi 



14 comments:

  1. haahaha. lawak jgk puan ni. siap salah tulis xnak backspace, cite masak bagai. hahahah. terbaek.

    aku pn bmbang bwk knderaan dalam ujan.. lagi2 motor.

    ReplyDelete
  2. pffftt mesti annoying gila kan.
    serius iqa paham.sebab bawa dlm hujan mmg x nampak.walaupun x rabun,tp ttp xnampak.dan secara
    serius nya iqa mmg xkan drive kalau hujan.serius sb TAK NAMPAK.haha.

    tp kalau drive then hujan,dpt pula si celaka yg hon hon atau keje nak potong je,dgn serius nya iqa hon balik sambil angkat middle finger.
    ok,seriusnya iqa sgt tak suka org mcm tu.

    ReplyDelete
  3. hujan2 ni masak simple2 pun abang sayang,..
    tok sah kalut la..
    heheheh

    ReplyDelete
  4. hehe abam lapa kunun...sndri lapa...same la tkot drive dlm ujan. tabah!

    ReplyDelete
  5. ececece abang lapar ke die yg lapar..hehe..siap ade kempen lagi =P



    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  6. iyelah..saya pon slalu bebel psl ni..
    kan bagus kalo sume keta automatik on lampu waktu hujan/gelap..

    ReplyDelete
  7. huhuhuh agak marah nihhh,,
    pandu cermat???apa yg selamat??hehehhe

    ReplyDelete
  8. slambe je bwk slow2.lantak la diorng nk ckp apa. dah hari hujan lebat nak wat camne. drpd terlibat dlm kemalangan kan...

    ReplyDelete
  9. Time memandu kena lah bertimbang rasa ant. 1 sama lain..tidak dinafikan, org banyak yg stress setelah seharian bekerja, apatahlagi semua nak balik rumah cepat...ingat! keselamatan itu bermula dr diri sendiri dahulu barulah org lain pun selamat :)

    "Pandu cermat, jiwa selamat" "Ingatlah orang tersayang"...pesanan diterima :)

    ReplyDelete
  10. Hujan lebat memang payah, kalau dah wiper xberkesan, serakan air yg buat mata jadi cyclops terus kan kak? hehe.. Tapi cuba try test pakai spek hitam, yang tak gelap sangat, InsyaAllah jelas.. <-- memula xcaya, tp bru2 jak try, memang ada beza.. yg pntg jgn pakai waktu malam, hanya untuk siang sahaja.. hehe..

    Pandu cermat, duit pun cermat, apatah nyawa yg xda spare part.. hehe..

    ReplyDelete
  11. mmg mencabar drive dlm hujan lebat tak care niza :)

    ReplyDelete
  12. kena ujan ,,adussss...nek motor lak..terus demam dari smalam...xdak mood..:((

    Selamat Tinggal Dunia ©: Pendrive Unik Menjadi Kegilaan Pengguna Masa Kini

    ReplyDelete
  13. pandu cermat jiwa selamat .:)

    ReplyDelete
  14. same goes to u la akak!
    sgt la x suke bile mnadu dlm keadaan hujan
    mata yg rabun jadi makin dan makin rabun

    aihhhh =.=

    plak tu heran cm ne time ujan owg bole bawa kete lelaju

    deme gune mate ape..hehehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D