1.10.11

Indah...semuanya ada di sini!

Awas! Entry panjang berjela jela....




Alhamdulillah. Kenyang sangat baru lepas makan 2 pinggan laksa. Awat? pelik eh malam2 makan laksa. Takkan tak tahu aku kan hantu...... hantu laksa laa!! Kalau dah hantu dia bukan kira dah tengah2 malam ke pagi2 buta ke...kalau mai selera bila2 masa pun boleh. 

Tapi kan mana nak cari laksa tengah2 malam ni...tipu eh manada orang jual laksa tetengah malam nih! Haa... tu la, bukan hantu makan je...pandai juga aku buat laksa sendiri tau. Dah feberet kan mesti kena pandai buat...baru boleh layan selera pagi2 buta tu. 


Pagi tadi aku balik kampung. Lama tak jenguk mak ayah. Rindu mencengkam bangun je awal pagi tadi terus ajak laki balik kampung. Laki aku kemain liat lagi nak bangun. Lepas aku bising2 kat telinga dia terus bagi syarat!

"Okelahh...tapi syg bawak kereta"

Laki aku memang....macam tu lah dia. Asal ajak pi mana2 je cukup malas nak drive mesti bagi syarat kat aku punya. Dah siap cakap....katanya aku ni Isteri, PA dan juga Supir dia! HAHA kelakar laki aku. Alhamdulillah, walaupun belum ada rezeki untuk mengandungkan zuriat dia tapi aku bahagia hidup berdua dengan dia. Syukur sangat dengan jodoh yang Allah tetapkan untuk aku :')


Eeeee! lemak ayam kat dagu laa....hihi



Sampai je rumah....ayah bagitau dah 2 hari air takda. Pelik la aku...masa raya baru ni pun air takda. Bukan je raya tahun ni je tiap2 tahun tiap kali raya mesti takda air. Apa masalah ntah...menyusahkan! Nak masak pun susah, nak membasuh pun boleh, nak membuang lagi la payah!

Mujur la rumah ayah tepi sungai je. Tapi kalau hujan2 ni air keruh. Boleh la nak membasuh kain baju. Sebelum ni aku dah lama tak mandi sungai walaupun rumah dekat je dengan tebing sungai tu. Balik tadi merasa la mandi sungai. Best sangat...lama kan tak mandi sungai. 




Ni lah sungainya.....aku snap dari tebing. Beberapa meter je dari rumah. Nampak airnya keruh kan...ayah kata semalam hujan. Atas tu jambatan...jalan besar tempat kereta, motor lalu lalang. Tapi kalau aku mandi kat bawah tu manada orang nampak. Kadang2 ada jugak budak2 nakal jenguk dari atas....sekali aku HOi! je. Beselerak lari dengan beskal diorang. HEHE



Eh korang kenal buah ni...pokok dia betul2 kat tempat aku snap gambar sungai tadi. Ada lagi saki baki dari musim buah yang lepas. Buah Duku nama dia...tahu? Tak tau pi google tengok.



Nah zoom sikit. Ni buah yang paling rendah...leh capai dengan tangan je. Manis...sedap! Kat pasar2 pun ada buah ni tapi sekarang entah la ada lagi ke tak. Tapi aku kalau nak makan buah durian, rambutan, langsat, manggis, rambai....takyah beli. Dusun ayah ada semua jenis buah. Dusun belakang rumah je. Itu la bestnya jadi orang kampung. Kampung sekarang bukan cikai macam dulu2 dah...dah maju dah adapun cyber cafe, library pun ada wi-fi. Oh, semuanya ada disini....HEHE




eh, baru perasan pegi je belakang rumah tengok pokok durian yang paling besar tu dah tumbang. Rupanya ayah aku dah upah orang tebangkan sebab pokok tu dah tua sangat...bimbang kalau2 hempap rumah. Bahaya sangat...tak rugi tebang. Nyawa lebih penting.


Oke lah, sampai sini dulu. 1st time rasanya aku cerita pasal rumah dan kampung halaman aku ni. Ada sapa2 berminat tak nak buat lawatan ke kampung aku nih?? Penginapan dan sajian adalah urusan sendiri! kalau berminat sila tinggalkan komen.....HEHE!




10 comments:

  1. laksa!! sedap tuh!! dah lame tak makan laksa!! hehe :P buah duku tuh sy kenall..kat depan umah sya pon ade jgk!!hehe :) tapi x mkn la..rase die x sedap!!lalalalla~


    hehe :) ANYWAY..JGN LUPE SINGGAH arepnakbebel yer..

    ReplyDelete
  2. @Luqman Zakaria: Cenna la duku xsedap pulak? luku nak? hehe....*peace

    ReplyDelete
  3. seronoknye ! suasana kg yg sgt mndamaikan..:)

    ReplyDelete
  4. @Chekgu kechik: memang seronok duduk kg :)

    ReplyDelete
  5. Sangat merindui kampung halaman..

    ReplyDelete
  6. @Kimie: eh, cepat pi balik kampung...agagaga

    ReplyDelete
  7. best la semua keliling rumah, umah atuk saya kat kampung, sungai tempat lain, dusun tempat lain. Huhu. Tapi best.... kampung memang terbaik.

    Kat kampung saya pun asal raya je xde air. Bencik...

    ReplyDelete
  8. @AzzaAzman: yeke..pasal apa ek raya je takda air...musykil :?

    ReplyDelete
  9. kampung ko katne ni?..cambes je.. nak benih pokok anggur ade x?..hhehe

    ReplyDelete
  10. @ubi: ada...dtg je beris jaya@sik. berkilo2 bleh bwk balik benih anggur :D

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D