24.10.11

Kalkulator Cinta



Pernah tak korang jumpa atau test peratus percintaan korang dengan pakwe guna kalkulator cinta? Kalau buka sesetengah laman web akan keluar benda ni. Kira macam iklan jugak la.

Dulu aku penah try jugak...ekekeke. Tapi tu masa zaman tok nadok dulu la....masa aku budak2 dulu mana reti lagi pasal komputer, laptop, internet, cyber cafe semua ni. Masa dulu tulis kira2 di belakang buku latihan je cuma ikut formula yang dah di tetapkan, tu pun kawan yang ajaq...huhu...mengong! Sekali tu jaa...tak buat dah!!

Tapi sekarang ni semua di hujung jari...cuma taip nama korang dengan nama pakwe, suami atau nama sapa2 yang korang admire je...maka terhasil la jawapan ataupun keputusan yang boleh membunga2kan hati korang. Kadang2 result tu tak logik pun....tapi tetap nak percaya. Sebab apa? sebab dah cinta sangat....kan??


Jenis kalkulator

Hiiihii...tak sabar nak tgk result!! wink2
eleh, 50 je pong! menyesal test..

Jenis Meter


Harap2 aku serasi la kapel dgn dia...wuuwuu!
WoW Weeee...suka3 (yelah tu!)


Dan banyak lagi sebenarnya jenis kalkulator, meter dan enjin yang ada. Tapi sampai tahap mana  kita nak percaya dengan benda2 ni? Aku cakap bagi sapa2 yang percaya dengan benda ni la. Yang sah2 tak percaya tu...anggukkan je la noo tanda setujupp! 

Benda ni sebenarnya lebih kepada ramalan semata2. Kalau dah namanya ramalan...biasanya memang tak ellok la kita buat kan? Boleh tak kalau nak kata benda ni syirik? Kannn? 

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mendatangi peramal lau mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW" (Hadis riwayat Al-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku terbaca pasal ni kat majalah tadi. Jadi elok jugak untuk mengingatkan hadik2 yang tengah nak test power tahap kecintaan kat pakwe depa. Eh, cara aku tulis ni macam tertumpu kat hadik2 ferempuan je kan?? err....lelaki penah guna test menatang ni ke dop?? Sila jawab...nak buat bancian...huhuhu.


14 comments:

  1. penah buat. kantoi sudah...haha fun2 je ;p

    ReplyDelete
  2. tak pernah try sbb takde sapa nak digandingkan

    ReplyDelete
  3. masa sekolah penah buat..tapi bila dah matang,rasa cam ngarut je

    ReplyDelete
  4. berlambak benda ni kat tv dan lain2. memang pelik. ada jugak yang try letak dua2 nama lelaki.kalkulator tu boleh ramal ahmad haruslah lebih bertoleransi dengan abu.hahahahahah

    ReplyDelete
  5. hahaha sah sah lah adik lelaki tak buat benda ni kecuali dia AUUUWWW...

    biasa budak perempuan buat masa sekolah dulu, kira kira pakai nama penuh. xde pak we pun cuma buat kat admirer je.

    ReplyDelete
  6. eren ajis tu wey hahahahahahaha.. tak agak2..

    ReplyDelete
  7. tak penah buat sebab rasa buang mase jer kan..

    yang tulis2 tu penah la..sakit hati bila peratus sikit...hahaha

    ReplyDelete
  8. hakhakhak tipuuu nih ;p
    tapi utk suka suka jer pun kan..hehehe

    ReplyDelete
  9. Benda merepek lagi maha khurafat ni dulu ada muncul kat iklan tv.


    " Taip ON LOVE dan hantar ke nombor 33812. Anda boleh mengetahui paras kesayangan pasangan anda sejauh mana dari hasil ramalan kami. "

    Oh, membazir duit jer hantar mesej camtu. Demn!

    ReplyDelete
  10. ye la..
    zaman muda mudi dulu selalu la jugak..cinta punya pasal..
    hhahah..

    ReplyDelete
  11. molek sgt kolkulator ni..

    ReplyDelete
  12. syirik tuuu..jgn dekati ek hadik2...hehe

    ReplyDelete
  13. dah mcm2 test dicuba, tapi result tetap sama..tak ngam! Ciss.. tipu.. kami elok je.. hahaha..

    ReplyDelete
  14. Dulu2 zaman2 muda belia sukalah benda2 mcm ni, bila beli majalh remaja tengok bintanglah!Rasa2 sudah hilang semangat muda belia ni kot!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D