2.10.11

Kenapa mesti mencaci? menghina?

Entry serius! Jadi kalau nak komen agak2 la sebab ada unsur sensitif.




Baru-baru ni aku chatting dengan best friend kat facebook. Aku bagi nama palsu dia sebagai Fafa. Masalah dia dengan aku sama...belum punya anak, belum mengandung, belum beranak, belum loya atau muntah2! eh, sama je semua. Saja...nampak sikit kan aku tengah serius nih!


Biasanya Fafa akan tegur aku dulu sebab aku suka buat buta tuli je tak nampak member2 yang online kat  chat room. Tapi bila dia dah tegur aku dah tau dah topik apa yang dia akan cakap. Pasal tak mengandung la! 


Dan dia akan ceritakan hal yang sama sampai aku pun dah fed up. Bukan aku fed up atau marah dia. Tak! aku marah orang yang dalam cerita dia yang caci dia...hina dia oleh sebab dia belum ada rezeki untuk mengandung setelah hampir 4 tahun berkahwin. Bukan dia tak berusaha...jumpa doktor kata takda apapa masalah baik isteri mahupun suami, berubat sana sini pun dah, semua kata lambat dengan je.. Cuma belum tiba masa dia nak mengandung je lagi....salah dia jugak ke tak mengandung? Kuasa mengandung tu kat tangan dia ke?

Yang aku pun turut sakit hati bila dia bagitahu...mak mertua dengan adik ipar dan jugak kawan baik dia yang selalu sindir2 caci dia. Eh, ada jugak ke mak mertua yang tak reti nak paham?? konpius jap aku...mak mertua nih lelaki ke? bukan mak mertua nih perempuan jugak?? Aiihhhh....apada bongoks sangat! Haa...geram aku toqq!! Yang kawan dia tu jenis apa la...ingat la awak tu pun pompuan. Satu hari akan kawen jugak!! Beringat boleh tak??


eh, aku emosional lebih apahal??


Sebab aku pun tak mengandung lagi macam dia bezanya aku tak sampai 2 tahun pun lagi. Tapi dari cerita dia....menangis, stress, fed up....aku jadi cepat panasss. Apa boleh aku cakap dengan dia...sabar je lah! Sabar dan terus sabar sampai masa kita tu tiba. Sebab kita tak boleh buat apa selain beristighfar, berdoa, berserah, bertawakal, berusaha pada Dia yang lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita!!


Ingat lah Fafa...kadang2...

"Dia tak bagi apa yang kita nak sangat2!
Tapi Dia bagi apa yang kita perlukan!!"

Kata-kata tu yang aku pegang sampai sekarang....Alhamdulillah, aku masih kuat.


Lagipun, asal suami kita paham kita sudah!! Kalau kita mengandung dan ada anak pun kita yang akan jaga bagi makan pakai anak kita bukan depa!! So, buat pekak badak je dengan kata2 orang. Aku bukan boleh buat apapon. Aku pon tengah berusaha sekarang. Kalau aku kat di tempat dia...di kelilingi orang2 yang suka bagi tekanan dan suka tambah derita orang.....sedas je kot aku cakap!! Reti la orang tu sampai bila2.


Aku pulak macam mana??


Alhamdulillah....
Suami, mak ayah, mertua, adik beradik, saudara mara.....jarang sangat tanya! Depa lebih paham dan aku sangat bersyukur. Mak aku sendiri tak pernah tanya aku..sungguh! Bukan makna dia tak ambik tahu pasal aku. Tipu! mak mana yang tak risau kalau anak dia bertahun2 kawen tak bagi2 lagi cucu kat dia. Tapi mak aku lebih pentingkan perasaan aku! Sampaikan kadang2 aku yang ajak mak teman aku pi sana sini berubat. Mak mertua aku? very the baik sangat penah aku jumpa!! Support kami laki bini lagi ada. bertambah2 syukur aku.


Kawan2 aku??

Selalu tanya tapi cara tanya tak menyakitkan hati pun. Dan aku memang tak kisah orang tanya asal tahu caranya. Kadang2 pertanyaan orang pun boleh jadi satu doa kan?? Cuma bila kawan2 tanya aku akan jawab dengan nada berseloroh..."kalau tak pakai baju kurung tu....maknanya takda lagi laa, tunggu la 4, 5 bulan pulak tanya..." Kawan2 aku paham la maksud kata2 aku sebab aku keja pakai uniform. Jadi kalau mengandung...bertukar!! pakai baju kurung. 


Oke, puas dah hati aku curah perasaang kat sini....


Fafa, Niza tak tahu samada Fafa baca atau tidak tapi kalau Fafa baca...entry ni niza buat untuk Fafa, untuk orang2 yang caci, hina Fafa jugak, yang buat Fafa nangis, stress, fed up dengan life Fafa....harap Fafa terus tabah, banyak sabar. Teruskan hidup Fafa dengan suami yang sentiasa paham Fafa. Jangan rosakkan hubungan Fafa suami isteri sebab 'orang'. Insyallah, kebahagiaan tu akan memihak pada Fafa satu hari yang kita tak tahu pun bila. Tapi kita tetap kena sabar.....

Love u :)




10 comments:

  1. Sy x kawen lg tp bile bace ni rase jgk mcm agak kecewa.. Pkre ni kite bkn bley tetapkan nak ade ke x.. Klu kite ckp nak lps tu tr0s kluar xpe la kan.. Hmm, sabar la kak n kwn akk skali.. Tuhan maha kaya.. :)

    ReplyDelete
  2. biasa dengar cerita gini.. pelik betul la dgn sikap sesetengah org ni..dorang pulak yg terlebih kecohnya.. sabar je la..apa lagi nak dikata.. kan?

    ReplyDelete
  3. sedihnya baca ni, saya pun ada mak sedara yang kes macam ni. Nenek saya boleh pulak cakap kat dia, suruh suami kawen lagi satu, ish suami tak cakap apa2 pun, nenek yang beriya. Walau pun mak sedara saya tu tak nampak macam kecik hati pun, dalam hati dia mana tau kan? runtun nya rasa...

    ReplyDelete
  4. alaa..mulut org..mano buleh kito tutup...
    kadang dio org sendiri ado anak pun tak terjaga...heboh org takdo anak...
    rezeki bukan kita yg tentukan...
    kalau Allah kata "kun fayakun"
    maka jadi lah ia....
    org dulu lain lah..takdo letrik...(paham sudah la)
    soba yo lahh..yg ponting kuat kan hati ..minta pado Allah...

    ReplyDelete
  5. @MissCt @a.samad @Azza @apek :

    Terima kasih banyak. Ada segelintir je yang suka buat mcm tu :)

    ReplyDelete
  6. http://wanwidget.com
    kesian pada tuan punya diri

    ReplyDelete
  7. sabar ye kak niza...Allah uji kita untuk lihat sejauh mana kita terima apa yg Dia uji...
    cuba akak baca post sya nie..

    http://inspirasiazie.blogspot.com/2011/10/tiada-duka-yang-abadi.html

    -azie,UIA student-

    ReplyDelete
  8. @Wan85 @Azie :

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. hmm tak tau nak cakap mcmna sbb aku pun belum mengandung lagi..huhu :P

    ReplyDelete
  10. rezeki ketentuan Tuhan jugak kan kak. semoga kak dan kak fafa dikurniakan anak comel2 nnti insyaAllah. walau azie amek medic xreti la sgt nk ckp. blaja teori je. kalu da jupe doktor tp xde hasil lagi tatau la azie. insyaAllah satu hri ada :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D