13.10.11

Sebab suami BENCI isteri





CABAR 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata! 

CABUL 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua. 

CELUPAR 
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 

COMOT 
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel2 aje. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. 

CEMBURU 
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2! 

CEREWET 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. 

CINCAI 
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.....kui3 


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai....ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.  

by Dr Fadzilah Kamsah






Jom kita renungkan balik! takmo la jadi isteri yang di benci suami....HUHU

3 comments:

  1. COMOT
    Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel2 aje. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


    Yangnisaya setuju benar...ramai lah orang melayu camni, kata untuk suami tapi...alat mekap mahal2 beli untuk pakai ke tempat kerja.

    Baju pejabat beli berjenama tadi baju tidur dekat 20 tahun tak ganti. alahai... tengok je ahli keluarga sendiri tak paham betul.

    adik azza, baru umur 20 taHUN tAPI dah nampak keselekehan dia. Kain batik pakai tak betul, rambut tak bersikat. Badan tak maintain.. pening parent azza huhu.

    ReplyDelete
  2. semua mula dengan C ye..:)..

    ReplyDelete
  3. lelaki pulak B

    BOROI
    BENGIS
    BUSUK
    BERDENGKUR
    BOROS
    BERPOYA
    BOTAK

    ekekekekekk

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D