11.10.11

Sedih betul ke?






eh, aku ternangis pulak! cepat lap2 air mata dengan bucu bantal. Hati ni cepat sentap pulak. Sejak bila pom entah la. Tapi kenapa??....tiba2 je nangis. Nak tau??




google je lah!



Sebab Jasman....!


Aku kesiankan Jasman! Sanggup bini dia Yasmin curang dengan dia kan?? memang tak cium bau syurga la si Yasmin tu. Harap muka je memang cun gila ahh. Tapi tak bersyukur langsung. Takda otak ke?


Haa...tudiaa! Sapa tengok drama Cinta Elysa tu tadi mesti sentap jugak kan bila tengok babak Jasman nangis masa bercakap dengan Elysa dalam fon.


Berair jugak la mata aku tengok drama tu tadi. Tapi kalau nak tau....aku nih kalau tengok babak airmata drama tamil pun nangis jugak....1malaysia kannnn! eh? kaitan dia? huKhukHuk


Sememangnya memang aku tak nafikan la....hati aku mudah sangat tersentuh. Ala, aku pom! Mesti korang akan cakap camtu kan? Tapi aku tak sama kot dengan korang sebab....


# aku bila nampak orang tua baya2 ayah aku kayuh beskal pagi2 buta pi keja, berair mata aku!

# aku bila nampak makcik cleaner baya2 mak aku tengah cuci toilet ke sapu sampah kat tangga ke, berair mata aku! 

# aku bila nampak budak lelaki baya2 adik2 aku teruk kena buli, berair mata aku!

# aku bila nampak sorang kakak dukung anak sambil mintak sedekah, berair mata aku!


Kalau nak bagi contoh semua memang banyak. Pendek kata hati aku sangat sangat sangat mudah tersentuh lagi2 melibatkan golongan macam kat atas tu.


Sebab aku akan terbayangkan 'kalau la' orang2 yang aku sebut kat atas tu adalah mak ayah, kakak dan adik2 aku....tentu aku sedih  dan aku tak mahu pun insan2 yang aku sayang duduk dalam situasi macam tu! itu sebabnya aku mudah tersentuh.


eh, tapi kalau ternangis pasal Jasman tadi tu mungkin sebab lakonan dia menjadi je kot!! HAHA...itu aku tak pasti la pulak! erm, konpius jap....kena kaji balik tuh!


sekiang!


2 comments:

  1. haha kak niza hari ni memang hari kesedihan kot (ke hormon sedih dah sampai tah).

    Azza sedih sampai nangis bila dah tak tahan...

    @ Pagi pagi xde de sapa nak tumpangkan kereta, jalan dalam hujan g kelas.

    @ Petang kasut tercabut, dua dua pulak tu. Minta smpati je lah tumpang kereta kawan.

    @ Harini ternampak 3 orang buta yang jalan mcm anak murid tadika beratur, (tangan atas bahu kawan depan) depan sekali yang pinpim tu budak kecik ke dalam darjah4 macam tu. Tersentuh..


    Allah nak bagi pelangi... patutnya azza bersyukur, Allah dah bagi 10/10 markah esemen, so dia bagilah ujian sikit..

    ReplyDelete
  2. ciss..terjobak den dgn cito tu..
    layan wooo tgk..gengster..tp dlm hati ado taman jugak..ekekek

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D