28.10.11

sendiri punya hal!



Harini banyak sangat masa terluang. Dok kira2 tu boleh la kot nak balas jejak kawan2 kan tapi.....intenet pulok cam haghang! nak loading blog sendiri pun ya Rabbi... punya lah lambat gila. Sambil2 tunggu aku letak jap kepala kat meja...ingat kejap la tengok2 jam tudiaaa sepam ada kot! berbirat pipi aku....mujur la skrg ni kan time rehat. Yang laki2 semua pi masjid, yang perempuan balik tidoq kat rumah. Takpa lah depa dok kuarters bawah tu ja...dekat dgn opis. Aku?


Aku merempat jelah kat opis....takpun tempat aku kat surau. Nak balik jauh...sob3....sedih la puloks! Ingat nak menumpang la kejap kat rumah kawan2 tapi depa tak ajak pung! Takkan aku nak pelawa diri sendiri kot..."Temah, aku nak tumpang rehat kat rumah hang jap tengahari ni bole?" ish...ada ke patut. Orang tak ajak kita pi tanya pulak. Kalau pegi pun nanti aku yang segan pulak...dengan laki depa. 


Bila dah pi tumpang bontot kat sofa rumah depa mestilah kena jamu air...paling koman air sirap pun jadilah kan. Aik? sirap je? Mestilah segan, takkan nak jamu air je kot....Dah kena bawak keluar pulak balang kuih siput yang raya puasa haritu punya tak habis lagi. Itukan adat melayan tetamu yang datang. eh, tetamu ke? 


Bila disimpul2kan....tak payah la aku menyusahkan kawan2. Kecuali kalau dah terdesak sangat bolehlah kot. Depa pun penat kerja, masa rehat panjang nilah balik nak rehat2...nak buat apa yang patut. Tapi bila ada kawan yang menumpang kat rumah...mestilah tak terbuatkan. Kena melayan kita pulak. 


P/s: Malam nanti baru aku blogwalking, balas jejak dan follow sapa yang dh follow. Eh, ada yang dah marah tau tak follow balik. "Follow lek aw" aku tak faham apa dia tulis! "Follow balik ar" mungkin tu kot! hehe...sabaq cheq naa!!


6 comments:

  1. ;) bahasa budk zaman sekrang.
    kkdg sampai x reti nak sebut.

    ReplyDelete
  2. memang line tengah slow sekarang ni..ada kaitan dengan cuaca rasanya..sebab boleh kata semua merungut line teruk..

    ReplyDelete
  3. salam kenal...xpo la janji ado tempat nak dirempatkan diri itu..hehe

    ReplyDelete
  4. gi ler shopping..hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus la kalau tak nak nyusahkan kawan2 =)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D