31.10.11

Seronok tak hidup berjiran?



Oleh sebab perut, kepala dan anak tekak buat hal, jadinya aku tidur je siang tadi. Lama betol aku tidur, azan asar baru terjaga. Maunya tak jaga sangat bila dengar azan...masjid betul2 depan rumah je. Yang kejut aku bangun awal pagi pun suara orang mengaji dari masjid tu jugak la. Takyah dah nak kunci jam loceng, alarm henpon bagai.

Alhamdulillah, aku dah kenyam! Korang makan apa petang2 time cuaca sat mendung sat hujan ni. Aku baru lepas makan bihun goreng. Memang niat nak buat bihun goreng dari pagi tadi sebab nak balas bekas jiran bagi mee sup sedap baru2 ni.

Memang seronok kan ada jiran yang baik, yang tak kedekut, yang mesra ni kan. Aku mula2 masuk rumah laki aku lepas kawen dulu...tak berapa nak cakap sangat dengan jiran. Sebab aku tengok dia macam takmau pandang aku je. Aku ni pulak bukan jenis sombong. Kalau terpandang otomatik aku senyum je tapi kalau orang dah buat taktau aku tak senyum dah lepastu.

Cuma dengan mak dia je aku rajin bertegur. Lepas mak dia tak duduk dah dengan depa baru la dia mula tegur, senyum2 kat aku.

Alhamdulillah sekarang ni aku dengan jiran sebelah rumah ni selalu berbalas2 makanan. Tak kisahlah apa yang ada kalau rasa terlebih atau tak abih...bagi je. Keropok ke kerepek ke....janji boleh makan depa 4 beranak. 

Bila masak2 pastu dapat kongsi makan dengan jiran...aku rasa seronok sangat dalam hati ni. Entah lah. Lain rasanya bila dapat berbaik dengan jiran. Tapi antara kami tak pernah masuk rumah masing2. Kot nak bersembang petang2 pun tak. Bagi makanan pastu sembang kejap je terus masuk rumah. Buat ketupat jauh sekali la. 

Cara korang hidup berjiran cemana pulak?



11 comments:

  1. jiran dpn blkg kiri kanan sume cino...acane? tehee

    ReplyDelete
  2. jiran sebelah menyebelah budak2 bujang..kita nak kluar pun malu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. seronok berjiran kalo kena yg ok kan :)

    ReplyDelete
  5. jiran Misz Domu indians..x racist..tapi deevapali ritu..dia amen mercun kul 12 tgh mlm smpi ke pagi..msa raya Misz Domu xwat pun cm2..sob2

    ReplyDelete
  6. sebaris ...semua india...pening...

    ReplyDelete
  7. tgk keadaan.tp lbh pd menjengkelkan.
    haha

    ReplyDelete
  8. ko percaya tak aku ckp tp umah aku geng2 pelacur..haha..tpi aku xlayan langsung la..cara diorang pandang aku pn cm nk goda aku..seb baik aku jarang balik umh parents aku..haha

    ReplyDelete
  9. sebelah kanan umah budak2 lelaki bujang..belah kiri umah india..tapi macam tak de orang je..umah depan melayu..tapi kerja doplohpatjam..jarang2 ada kat umah..
    belakang cina..tak kenal...
    heheh..
    kawasan umah tak ramai melayu..
    cina paling ramai..melayu ada 3 buat umah je,.tu pun jauh2..tak kenal sangt..masing2 buat hal sendiri je..:p

    ReplyDelete
  10. Wah! sy tak pernah bertegur dgn jiran sebelah rumah..huhu, semenjak berpindah rumah sewa ni

    Minta jasa baik tukar link bloglist ke www.duniarealiti.com k thanks a lot :)

    ReplyDelete
  11. huuu
    bess jugak tuuu
    kenal2 gitu je kak
    sebb jran byk non muslim dn buat hal memasing je
    huhuhu

    sob2
    sedihhh

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D